Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mesyuarat Bulanan Tpm Bersama Pdrm

Diterbitkan: 17 Mar 2016 8.35 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.31 PM
Mesyuarat yang dikelolakan oleh Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT) itu telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, merangkap Menteri Dalam Negeri.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mesyuarat-bulanan-tpm-bersama-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:49 MYT

Bukit Aman, 17 Mac – Mesyuarat Bulanan Timbalan Perdana Menteri bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diadakan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, pagi tadi.

Mesyuarat yang dikelolakan oleh Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT) itu telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, merangkap Menteri Dalam Negeri.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato Sri’ Khalid Abu Bakar, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT), yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan Logistik, merupakan tulang belakang dan nadi penggerak khususnya dari aspek keperluan logistik,teknologi dan pengurusan kewangan kepada PDRM, sejajar dengan hasrat PDRM selaku penguat kuasa utama undang-undang negara.

“Jabatan StaRT juga telah mengambil inisiatif bagi memastikan PDRM terus relevan seiring ke arah memperkasakan ‘Modern Policing’ dan sasaran mencapai “World Class Policing”, tambah beliau.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut, ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri 2, Tuan Masir Kujat, barisan pucuk tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan PDRM.

Mesyuarat Bulanan Tpm Bersama Pdrm
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, merangkap Menteri Dalam Negeri, menandatangani buku lawatan.

Mesyuarat Bulanan Tpm Bersama Pdrm
Sekitar Mesyuarat Bulanan Timbalan Perdana Menteri bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Bergambar kenangan

ArtikelDiterbitkan 17 Mar 2016 8.35 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.31 PM