Mesyuarat Bulanan Tpm Bersama Pdrm 20171005
MESYUARAT BULANAN TPM BERSAMA PDRM
Kuala Lumpur, 5 Oktober 2017 – Timbalan Perdana Menteri (TPM) merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Bulanan TPM bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bilangan 5/2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 31, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Dalam mesyuarat tersebut, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato Sri’ Mohamad Fuzi Harun menyentuh peranan dan fungsi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) dalam membanteras jenayah komersil di mana 'trend' jenayah berevolusi mengikut perubahan sosial, kedudukan ekonomi, perkembangan perdagangan serta kemajuan dan kecanggihan teknologi masa kini.
"Peningkatan statistik jenayah komersil diterjemahkan melalui kes-kes penipuan dan pecah amanah menerusi medium siber," jelas beliau.
Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri 2, Dato’ Masir Kujat, barisan pucuk pimpinan tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta PDRM.
Ketibaan Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,
Sekitar mesyuarat TPM bersama PDRM.
Sekitar mesyuarat TPM bersama PDRM.
Sekitar mesyuarat TPM bersama PDRM.
Sekitar mesyuarat TPM bersama PDRM.
Sekitar mesyuarat TPM bersama PDRM.
Sekitar mesyuarat TPM bersama PDRM.
Gambar kenangan.