Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mesyuarat Audit Pemerhatian Ms Iso 9001 2000 Polis Diraja Malaysia

Diterbitkan: 09 Jun 2014 9.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis Diraja Malaysia telah menerima Pensijilan MS ISO 9001:2000 pada 31 Disember 2007 dan akan berakhir pada 30 Disember 2010...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mesyuarat-audit-pemerhatian-ms-iso-9001-2000-polis-diraja-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:20 MYT

2 Mac 2009 - Bukit Aman. Mesyuarat Pembukaan Audit Pemerhatian MS ISO 9001:2000 Polis Diraja Malaysia telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Mawar, Tingkat 16, Bukit Aman.

Hadir di mesyuarat tersebut ialah YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato'-Dato' Pengarah Polis Diraja Malaysia, YDH Dato'-Dato' Ketua Polis Negeri, Pasukan Kerja MS ISO 9001:2000 sertaPegawai-pegawai Kanan PDRM.

Turut hadir ialah Y.Bhg. Dato' A. Aziz bin Mat, Ketua Pasukan Audit Moody International Certification (Malaysia) Sdn. Bhd. bersama empat juruaudit.

Polis Diraja Malaysia telah menerima Pensijilan MS ISO 9001:2000 pada 31 Disember 2007 dan akan berakhir pada 30 Disember 2010. Audit Pemerhatian yang akan bermula hari ini merupakan yang pertama kali bagi menentukan pengekalan Pensijilan MS ISO 9001:2000 Polis Diraja Malaysia.

Mesyuarat Pembukaan Audit Pemerhatian MS ISO 9001:2000 Polis Diraja Malaysia dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan diteruskan dengan sesi penerangan mengenai Audit Pemerhatian MS ISO 9001:2000 Polis Diraja Malaysia oleh Y.Bhg. Dato' A. Aziz bin Mat, Ketua Pasukan Audit Moody International Certification (Malaysia) Sdn. Bhd.

Antara proses-proses utama pengauditan melibatkan :
Pengurusan Sokongan
Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman
* Kajian Semula Pengurusan
* Kawalan Dokumen dan Data
* Tindakan Pembetulan dan Pencegahan
* Audit Dalaman

Jabatan Pengurusan
Bahagian Latihan Bukit Aman
* Latihan

Pusat Pendaftaran Bukit Aman
* Pengurusan Rekod Kualiti

Bahagian Hal Ehwal Awam (HEA) Bukit Aman
* Aduan dan Maklum Balas Pelanggan

Jabatan Logistik
Bahagian Kewangan Bukit Aman
* Belanjawan Tahunan

Bahagian Perolehan Am dan Bahagian Perolehan Teknikal Bukit Aman
* Perolehan Barang

Bahagian Teknologi Maklumat Bukit Aman
* Penyenggaraan Komputer

Bahagian Pengangkutan Bukit Aman (Depoh Pengangkutan PULAPOL)
* Penyenggaraan Kenderaan
* Pembaikan Kenderaan

Jabatan KDN/KA
Cawangan Trafik Bukit Aman
- Pengurusan Trafik
*Tentukur
*Pengagihan Peralatan Trafik

Cawangan Trafik IPD Klang
- Pengurusan Trafik

Cawangan Trafik IPD Petaling Jaya
- Pengurusan Trafik

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
Bahagian Perlucuthakan Harta JSJN Bukit Aman (Kompleks Narkotik PULAPOL)
* Pengurusan Perlucuthakan Harta di Bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 Akta 340
* Pengurusan Rekod Kualiti JSJN

Bahagian Perlucuthakan Harta JSJN IPK Johor
* Pengurusan Perlucuthakan Harta di Bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 Akta 340
* Pengurusan Rekod Kualiti JSJN

Bahagian Perlucuthakan HartaJSJN IPD Johor Bahru Selatan
* Pengurusan Perlucuthakan Harta di Bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 Akta 340
* Pengurusan Rekod Kualiti JSJN

Jabatan Siasatan Jenayah
Bahagian Siasatan Jenayah Seksual dan Penderaan Kanak-kanak (D11) IPK Kuala Lumpur.
* Pengurusan Siasatan Jenayah Kes Seksual, Penganiayaan Kanak-Kanak dan Keganasan Rumahtangga

Pendaftaran Kertas Siasatan (IP) JSJ IPK Kuala Lumpur
* Pengurusan Rekod Kualiti JSJ

Maktab PDRM Kuala Lumpur
* Pengurusan dan Penyampaian Kursus

Bahagian Siasatan Jenayah IPD Cheras
* Pengurusan Siasatan Jenayah Kes Seksual, Penganiayaan Kanak-Kanak dan Keganasan Rumahtangga
* Pengurusan Rekod Kualiti
* Pendaftaran Kertas Siasatan (IP)

Mesyuarat Audit Pemerhatian Ms Iso 9001 2000 Polis Diraja Malaysia
YDH Tan Sri Musa bin Dato Haji Hassan, Ketua Polis Negara mempengerusikan Mesyuarat Pembukaan Audit Pemerhatian MS ISO 9001:2000 Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman

Mesyuarat Audit Pemerhatian Ms Iso 9001 2000 Polis Diraja Malaysia
kanan...YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara turut hadir mesyuarat

Mesyuarat Audit Pemerhatian Ms Iso 9001 2000 Polis Diraja Malaysia
kanan...YDH SAC I Dato' Benjamin Hj Hasbie, Timbalan Ketua Urus Setia KPN (Penyelidik dan Pembangunan), Y.Bhg. Dato' A. Aziz bin Mat, Ketua Pasukan Audit Moody International Certification (Malaysia) Sdn. Bhd. dan En. Chin Miew Lim, Juruaudit B

Mesyuarat Audit Pemerhatian Ms Iso 9001 2000 Polis Diraja Malaysia
kanan...YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan turut hadir

Mesyuarat Audit Pemerhatian Ms Iso 9001 2000 Polis Diraja Malaysia
Antara Timbalan Pengarah dan Ketua Polis Negeri yang hadir

Mesyuarat Audit Pemerhatian Ms Iso 9001 2000 Polis Diraja Malaysia
Barisan Juruaudit bersama Pegawai-pegawai Kanan PDRM

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 9.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM