Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mesyuarat Agung Pkp Cpw Bagi Sesi Tahun 2012 2013

Diterbitkan: 12 Jun 2014 7.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bukit Aman, 18 Okt – Hari ini, bertempat di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, telah berlangsung Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai Kanan Polis Siri Bil 2012/2013...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mesyuarat-agung-pkp-cpw-bagi-sesi-tahun-2012-2013
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:05 MYT

Bukit Aman, 18 Okt – Hari ini, bertempat di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, telah berlangsung Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai Kanan Polis Siri Bil 2012/2013.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh Datuk Wira Mortadza bin Nazarene, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman dan turut dihadiri oleh Dato’ Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA PDRM Bukit Aman.

Program majlis pada hari ini telah dimulakan dengan sesi taklimat daripada ASP Mohd Fahmi Vishuwanathan bin Abdullah berkenaan Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini seterusnya disusuli dengan sesi taklimat daripada ASP Mohd Anuar bin Fatah berkenaan Transformasi dalam PDRM.

Seterusnya, sesi mesyuarat berlangsung dengan intipati mesyuarat pada hari ini menyentuh berkenaan agenda Penambahbaikan Skim Perkhidmatan PDRM serta Kebajikan Pegawai & anggota PDRM.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi perlantikan Pengerusi dan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Baharu bagi sesi 2013-2014 dan menyaksikan SAC Dato' Asri Bin Yusoff, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) sebagai Pengerusi Baharu PPKP/CPW bagi sesi 2013-2014 juga merangkap Pengerusi PPKP/CPW Cawangan Pusat.

Mesyuarat ditangguhkan sekitar 11.30 pagi.

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 7.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM