Pdrm Tuan Rumah Kejohanan Karate Senior Kebangsaan Kali Ke 33
Kuala
Lumpur, 18 Okt - PDRM sekali lagi menjadi tuan rumah bagi Kejohanan
Karate Senior Kebangsaan kali Ke-33 sejak kejohanan terakhir pada tahun
1998. Ini adalah kali kedua PDRM mengajurkan kejohaanan ini.
YDH
Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara telah
menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Karate Senior Kebangsaan Kali
Ke-33 di Dewan Bankuet, PULAPOL Kuala Lumpur.
Kejohanan
kali ini akan diadakan pada 19 hingga 20 Oktober 2013 bertempat di
Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur dan sebanyak 20 pasukan dan seramai 358
orang atlet dan jurulatih peserta mengambil bahagian.
"Adalah
menjadi harapan semua pihak, bahawa melalui kejohanan seperti ini, akan
dapat mengetengahkan para atlet yang berbakat dan berpotensi besar
dalam sukan karate untuk diketengahkan bagi mewakili negara di mana-mana
kejohanan karate di peringkat antarabangsa dan kejohanan yang paling
hampir ialah Sukan Sea Myanmar Disember 2013," ujar YDH Timbalan Ketua
Polis Negara di dalam ucapannya.
Turut
hadir sama di majlis tersebut, YDH Dato' Wira Mortadza bin
Nazarene,Pengarah Pengurusan PDRM, YDH Dato' Wira Mohamad Sabtu Bin
Osman,Pesuruhjaya Polis Sarawak merangkap Pengarah Kejohanan Karate
Senior Kebangsaan dan Y.Bhg Datuk Haji Mohd Noor Nordin bin
Abdullah,Timbalan Presiden 1 Persekutuan Karate Malaysia.

Ketibaan YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara.

Antara yang hadir.

YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin diperkenalkan kepada pasukan yang bertanding.

YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin ketika memberi ucapan.

Simbolik perasmian.

Antara yang hadir.

Antara yang hadir.

Antara persembahan.

YDH Dato' Wira Mohamad Sabtu Bin Osman menyampaikan cenderahati kepada YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin.

YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin sempat beramah mesra sebelum meninggalkan majlis.