Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mesyuarat Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Pprpd Kontinjen Sarawak

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.47 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.46 PM
Kuching - Mesyuarat Agung Tahunan Bersama Persatuan Pegawai Kanan Polis Cawangan Pegawai Diwartakan (PPKP/CPW), Persatuan Pegawai Kanan Polis Cawangan Inspektor (PPKP/CI) dan Persatuan Pegawai Rendah ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mesyuarat-agung-bersama-ppkp-cpw-ppkp-ci-pprpd-kontinjen-sarawak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:52 MYT

Kuching - Mesyuarat Agung Tahunan Bersama Persatuan Pegawai Kanan Polis Cawangan Pegawai Diwartakan (PPKP/CPW), Persatuan Pegawai Kanan Polis Cawangan Inspektor (PPKP/CI) dan Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) Ke 29 Kontinjen Sarawak, telah dirasmikan oleh YDH Dato' Mohmad bin Salleh, Pesuruhjaya Polis Sarawak pada 3 November 2008.

"Saya amat yakin dengan kematangan para perwakilan membincangkan isu-isu yang perdebatkan dan akan menghasilkan input-input yang membawa kebaikan kepada pasukan".

"Tidak dinafikan bahawa Persatuan telah banyak membawa kebaikan dan kemajuan terutamanya dalam memperjuangkan penambahbaikan skim perkhidmatan dan kebajikan kepada semua peringkat warga pasukan".

Demikian kata YDH CP Dato' Mohmad bin Salleh Pesuruhjaya Polis Sarawak ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tersebut yang diadakan di Santubong Resort, Kuching, Sarawak pada 3 - 4 November 2008.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Dato' Law Hong Soon, Komander Briged Sarawak PGA, ACP Shah Gzali Khan Shahadat, Pemangku Pengerusi PPKP/CPW Kontinjen Sarawak, P/ASP Mohd Ibrahim Abdullah Pengerusi PPKP/CI Kontinjen Sarawak dan D/Sjn. Mohd Hajemi Hj. Omar Pengerusi PPRPD Kontinjen Sarawak.

Turut hadir P/ASP Basharuddin M. Nordin Pengerusi PPKP/CI Malaysia, Sub Insp. Jamal Abdullah Presiden PPRPD Malaysia dan Sub Insp. Harun Hassan Penolong Pegawai Turus Persatuan PDRM.

Menurut YDH Dato' Mohmad, setiap resolusi yang diketengahkan hendaklah berkualiti agar dapat menghasilkan impak yang positif ke arah memantapkan skim perkhidmatan demi kebaikan dan kecemerlangan masa depan pasukan.

"Semoga segala rumusan dari resolusi yang dicapai dalam mesyuarat ini akan mendasari segala usaha yang konkrit ke arah pemantapan PDRM sebagai kerjaya yang menarik serta berdaya saing seiring dengan kerjaya yang lain", ujar YDH Dato' Mohmad Salleh sambil memuji perjalanan mesyuarat yang dipengerusikan oleh ACP Aman Hussain amat teratur dan berjalan lancar.

Selepas upacara perasmian, turut diadakan sesi dialog bersama Ketua-Ketua Jabatan bersama Exco dan perwakilan ketiga-tiga persatuan dari seluruh daerah dan formasi PDRM di negeri Sarawak.

Mesyuarat Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Pprpd Kontinjen Sarawak
Dato' Mohmad Salleh Pesuruhjaya Polis Sarawak ((kanan sekali) menerima cenderahati setelah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Bersama PPKP/CPW, PPKP/CI & PPRPD Kontinjen Sarawak. Dari kiri D/Sjn. Mohd Hajemi Hj. Omar Pengerusi PPRPD Kontinjen Sarawak, ACP Aman Hussain PT Pentadbiran Kontinjen Sarawak, ACP Shah Gzali Khan Shahadad, Pemangku Pengerusi PPKP/CPW Kontinjen Sarawak dan P/ASP P/ASP Mohd Ibrahim Abdullah Pengerusi PPKP/CI Kontinjen Sarawak.


Mesyuarat Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Pprpd Kontinjen Sarawak
D/Sjn. Mohd Hajemi Hj. Omar Pengerusi PPRPD Kontinjen Sarawak menyampaikan cenderamata kepada Sub. Insp. Jamal Abdullah Presiden PPRPD Malaysia setelah selesai sesi dialog bersama barisan pucuk pimpinan PPRPD Kontinjen Sarawak, Exco dan perwakilan PPRPD Kontinjen Sarawak.


Mesyuarat Agung Bersama Ppkp Cpw Ppkp Ci Pprpd Kontinjen Sarawak
Sub Insp. Jamal Abdullah, Presiden PPRPD Malaysia (tengah) bergambar kenangan bersama barisan pucuk pimpinan PPRPD Kontinjen Sarawak, Exco dan perwakilan PPRPD Kontinjen Sarawak.
ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.47 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.46 PM