Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mercun Bernilai Rm100 000 Dirampas

Diterbitkan: 18 Jun 2014 8.29 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.36 PM
Sindiket mengedar mercun dan bunga api dipercayai menggunakan khidmat kongsi gelap untuk melindungi kegiatan haram mereka daripada disabotaj atau dihidu pihak berkuasa malah ada menempatkan pengawal b..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mercun-bernilai-rm100-000-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:31 MYT

Sindiket mengedar mercun dan bunga api dipercayai menggunakan khidmat kongsi gelap untuk melindungi kegiatan haram mereka daripada disabotaj atau dihidu pihak berkuasa malah ada menempatkan pengawal bersenjata berikutan penemuan sejumlah senjata tajam dalam satu serbuan di sebuah premis di Pandamaran, baru-baru ini.

Polis merampas mercun dan bunga api bernilai RM100,000 dan tiga bilah parang panjang dalam serbuan tengah malam semalam oleh sepasukan anggota polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Pandamaran yang diketuai Ketua Polis Balai berkenaan Inspektor Mohd Rushdam Mohd Yusoff.

Mercun Bernilai Rm100 000 Dirampas
Sumber : Keratan Akhbar Harian metro

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 8.29 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.36 PM