Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Menjadi Lebih Baik Di Antara Yang Terbaik Perbarisan Tamat Latihan Kpsl Siri 1 2011

Diterbitkan: 11 Jun 2014 7.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Inspektor (KPSL) Siri 1/2011 ini merupakan julung kalinya dibuat dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda di bawah Skim Perkhidmatan Polis yang baru. Perubahan keperlu..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/menjadi-lebih-baik-di-antara-yang-terbaik-perbarisan-tamat-latihan-kpsl-siri-1-2011
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:24 MYT
Cheras, 2 November 2011 - Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Inspektor (KPSL) Siri 1/2011 ini merupakan julung kalinya dibuat dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda di bawah Skim Perkhidmatan Polis yang baru. Perubahan keperluan kelulusan akademik ini adalah sejajar dengan arus perubahan sosial semasa di mana taraf pendidikan umum masyarakat telah meningkat dengan ketara. Seramai 118 orang pelatih yang terdiri daripada 93 orang lelaki dan 25 perempuan telah mengikuti kursus ini dengan jayanya di Maktab Polis DiRaja Malaysia Kuala Lumpur, Cheras, Selangor.

Justeru itu, ekspektasi masyarakat terhadap polis yang semakin meningkat dan dilanda pelbagai cabaran baru ekoran dari kemajuan ICT dalam era globalisasi dunia sekarang, maka pegawai polis terpaksa berkhidmat dengan lebih gigih dan profesional lagi untuk menempuh cabaran-cabaran baru yang akan datang.

Oleh itu, kursus seperti ini bertujuan untuk menyediakan latihan asas kepada pegawai-pegawai Inspektor Percubaan yang telah dinaikkan pangkat secara lantikan dari kalangan Anggota Pangkat Rendah (APR). Ia juga merupakan satu program untuk transformasi seorang APR kepada Pegawai Kanan Polis. Transformasi ini juga amat drastik dan signifikan, ia bukan semata-mata di pangkat yang dipakai atas bahu, tetapi yang pentingnya adalah perubahan sikap, pemikiran dan tanggungjawab para peserta kursus itu sendiri mencorakkannya. 

Majlis tersebut menyaksikan Kawalan Kehormatan yang terdiri 2 pegawai dan 51 anggota daripada Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Cheras  dan juga 118 Inspektor Percubaan yang membentuk tiga 'Detachment'. Dalam majlis tersebut 3 peserta terbaik telah mengambil tempat dalam setiap kategori iaitu Kategori Latihan Luar Terbaik, Akademik Terbaik dan Keseluruhan Terbaik.

Turut hadir di majlis tersebut, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato' Muhammad Wira Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah (Kepolisan dan Pencegahan Jenayah) Jabatan KDN/KA, YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentabdiran), YDH SAC Dato' Paramasivam a/l Arunasalam, Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan), YDH SAC Dato' Dr. Chai Khin Chung, Pemangku Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Ketua-ketua Polis Negeri, Komandan-komandan Pusat Latihan PDRM, Pegawai-pegawai Kanan Polis, anggota-angota Polis, ahli-ahli keluarga pelatih serta wakil-wakil media.     
 
Menjadi Lebih Baik Di Antara Yang Terbaik Perbarisan Tamat Latihan Kpsl Siri 1 2011
Ketibaan YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA.

Menjadi Lebih Baik Di Antara Yang Terbaik Perbarisan Tamat Latihan Kpsl Siri 1 2011
YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid membalas tabik hormat.

Menjadi Lebih Baik Di Antara Yang Terbaik Perbarisan Tamat Latihan Kpsl Siri 1 2011
Kawalan Kehormatan dan 'detachment' di padang kawad.

Menjadi Lebih Baik Di Antara Yang Terbaik Perbarisan Tamat Latihan Kpsl Siri 1 2011
YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid membuat pemeriksaan baris.

Menjadi Lebih Baik Di Antara Yang Terbaik Perbarisan Tamat Latihan Kpsl Siri 1 2011
Ucapat dan juga amanat YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA.
 
Menjadi Lebih Baik Di Antara Yang Terbaik Perbarisan Tamat Latihan Kpsl Siri 1 2011
Pentas Utama...

Menjadi Lebih Baik Di Antara Yang Terbaik Perbarisan Tamat Latihan Kpsl Siri 1 2011
Kawalan Kehormatan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) membuat lintas hormat.

Menjadi Lebih Baik Di Antara Yang Terbaik Perbarisan Tamat Latihan Kpsl Siri 1 2011
Detachment berjalan lalu dalam Cepat Jalan dan Perlahan Jalan.

Menjadi Lebih Baik Di Antara Yang Terbaik Perbarisan Tamat Latihan Kpsl Siri 1 2011

Menjadi Lebih Baik Di Antara Yang Terbaik Perbarisan Tamat Latihan Kpsl Siri 1 2011
Peserta Terbaik Latihan Luar... Insp. Percubaan I/21059 Azwan Azlee bin Saffiai.

Menjadi Lebih Baik Di Antara Yang Terbaik Perbarisan Tamat Latihan Kpsl Siri 1 2011
Peserta Terbaik Akademik...Insp. Percubaan I/21051 Suhana bt. Atan.

Menjadi Lebih Baik Di Antara Yang Terbaik Perbarisan Tamat Latihan Kpsl Siri 1 2011
Peserta Terbaik Keseluruhan...Insp. Percubaan I/21035 Fahimah bt Hj. Ishak.

Menjadi Lebih Baik Di Antara Yang Terbaik Perbarisan Tamat Latihan Kpsl Siri 1 2011
Sidang Media oleh YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA

Wartawan & Jurugambar : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 7.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM