Mendiang Insp Margaret Diluluskan Kenaikan Pangkat Secara Posthumous
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar telah meluluskan pemberian pangkat Asisten Superintendan Polis (ASP) secara 'Posthumous' kepada Inspektor Margaret Tagum Anak Goen yang meninggal dunia akibat dilanggar penunggang motosikal semasa menjalankan operasi di Jalan Batu Pahat - Mersing, Johor pada 6 Sep 2015.
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyanjung tinggi pemberian pangkat ini yang jelas menunjukkan keperihatinan dan penghargaan pucuk pimpinan di atas pengorbanan mendiang kepada PDRM dan juga negara.
Hari ini, PDRM kehilangan seorang pegawai yang sanggup berkorban jiwa dan raga demi Pasukan.
Jasamu dikenang. Pengorbananmu disanjung.