Artikel
Stagg Serbu Premis Judi Haram Di Negeri Sembilan Dan Melaka
11 individu termasuk dua wanita ditahan setelah Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gangsterisme (STAGG), Bukit Aman menggempur 21 buah premis ejen...
11 individu termasuk dua wanita ditahan setelah Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gangsterisme (STAGG), Bukit Aman menggempur 21 buah premis ejen judi haram di sekitar negeri Melaka dan Negeri Sembilan.

Ketua Penolong Pengarah STAGG Bukit Aman, SAC Khairi Ahrasa berkata, premis yang diserbu itu melibatkan kedai menjual telefon bimbit, kedai runcit dan kedai kopi.
Polis turut merampas perlatan dan dokumen berkaitan seperti 51 buah telefon bimbit, 20 unit pencetak mudah alih, slip kertas bertulis angka, gulungan kertas resit, buku catatan dan wang tunai berjumlah RM25,000.
Polis membuka Kertas Siasatan di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001.
Sumber: Kosmo