Article
Mencemar Duli Malam Santapan Diraja Sempena Peringatan Hari Polis Ke 206
"Patik serta pacal warga Polis Diraja Malaysia, dengan rendah hati merafak sembah dan setinggi-tinggi menjunjung kasih yang tidak terhingga, di atas perkenan S...
"Patik serta pacal warga Polis Diraja Malaysia, dengan rendah hati merafak sembah dan setinggi-tinggi menjunjung kasih yang tidak terhingga, di atas perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku berdua, mencemar duli berangkat ke majlis 'Malam Mes', bersempena dengan sambutan 206 tahun penubuhan pasukan polis," ujar Tan Sri Dato’ Seri Utama Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara di Majlis santapan Diraja sempena Peringatan Hari Polis Ke-206, Tahun 2013 menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah serta Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah di Palace of the Golden Horses, Mines Kuala Lumpur, hari ini.
Majlis Santapan Diraja sempena Hari Polis Diadakan setiap tahun. Tradisi Malam Mess seperti ini adalah satu contoh aspek kehidupan pegawai polis dalam menerapkan tahap disiplin yang tinggi, dan amalan 'toast' merupakan simbolik kepada kesetiaan kepada Raja dan Negara. Selain daripada majlis rasmi ini, mess juga dikaitkan dengan kegiatan santai dan sosial pegawai-pegawai kanan polis.
Dalam ucapannya lagi, beliau turut menyentuh insiden yang berlaku di Lahad Datu, Sabah yang menyebabkan 8 orang pegawai dan anggota PDRM terkorban.
“Namun , disebalik tragedi tersebut, saya maat berbangga, kerana seluruh lapisan masyarakat di negara ini, telah melahirkan rasa simpati dan kesedihan, malah telah sudimemberi sumbangan kewangan kepada waris-waris kita itu, termasuklah sokongan moral yang berterusan sehingga kini. Sokongan seperti inilah yang telah menyuntik semangat kami untuk terus berjuang mempertahankan tanah air daripada serangan pengganas yang cuba mengeruhkan keamanan di negara kita yang tercinta ini,” diakhir ucapan beliau.
Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Y.A.B Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji mohd Yassin, Timabalan Perdana Menteri dan YBhg. Puan Sri Datin Hajah Noorainee Binti Haji Abdul Rahman, YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Yang Mulia Tengku Datin Seri Marsilla binti Tengku Abdullah, Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah, Dato’ Seri DiRaja Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Tunku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Y.B. Datuk Wira Abu Seman Bin Haji Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Y.B. Dato’ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Pengarah-pengarah dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

YDH Tan Sri Dato’ Seri Utama Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara mengiringi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Gambar Kenangan