Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dadah Dalam Kasut

Diterbitkan: 12 Jun 2014 6.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bukit Aman, 26 Mac 2013 – Bertempat di Dewan theatrette, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) telah mengadakan sesi sidang media berkenaan kejayaan PDRM menumpaskan tiga kes aktiviti penyeludupan ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dadah-dalam-kasut
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:22 MYT
Oleh : Konst.Muhammad Iqtar Bin Azmi

Bukit Aman, 26 Mac 2013 – Bertempat di Dewan theatrette, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) telah mengadakan sesi sidang media berkenaan kejayaan PDRM menumpaskan tiga kes aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah yang melibatkan warga asing dan warga tempatan. Semua yang berjaya diberkas adalah seramai lapan orang iaitu tujuh lelaki dan seorang perempuan. Empat lelaki warga Nigeria,satu lelaki warga seira leone,satu lelaki Pakistan serta satu lelaki warganegara tempatan. Turut ditahan ialah seorang perempuan warga Indonesia. 

Kes pertama berlaku pada 21 Mac 2013 lebih kurang jam 11.00 malam, JSJN Bukit Aman telah berjaya menangkap seorang lelaki warganegara Pakistan di KLIA yang tiba dengan penerbangan Qatar Airways dari Doha ke Malaysia dan berjaya merampas 850 Gram dadah jenis Syabu dan berjaya membongkar modes operandi terbaru yang digunakan oleh keldai dadah iaitu dengan cara menyembunyikan dadah di dalam pelapik kasut yang telah diubahsuai. 

Dalam kes kedua yang berlaku Pada 21 Mac 2013 lebih kurang jam 11.10 malam, JSJN Bukit Aman telah membuat serbuan ke atas sebuah kereta Honda Accord di kawasan Kampung Rawa, Georgetown Pulau Pinang dan berjaya menangkap seorang lelaki warga tempatan yang merupakan pengedar dadah yang bergiat aktif sekitar Pulau Pinang dan Kedah. Kejayan tersebut membawa kepada rampasan 16 Kilogram dadah jenis Heroin,50 Gram dadah jenis Syabu dan wang tunai berjumlah RM 5371.00. 

Pada 24 Mac 2013 lebih kurang jam 9.20 pagi, satu lagi cubaan penyeludupan dadah berjaya dipatahkan PDRM apabila seorang perempuan warganegara Indonesia berjaya ditangkap seterusnya membawa kepada penangkapan empat lelaki Nigeria dan seorang lelaki Sierra Leone yang disyaki menjadi dalang dalam sindiket ini. 

Kesemua dadah yang dirampas bernilai RM637,000.00 dan kini ditahan untuk siasatan lanjut dibawah SEK.39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori.

Dadah Dalam Kasut
YDH CP Datuk Noor Rashid Bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik memberi ucapan.

Dadah Dalam Kasut
YDH CP Datuk Noor Rashid Bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menunjukkan dadah yang dirampas.

Dadah Dalam Kasut
Dadah Dalam Kasut
Dadah Dalam Kasut
Kasut yang digunakan utuk menyorokkan dadah.

Dadah Dalam Kasut
Dadah yang berjaya dirampas.

Dadah Dalam Kasut
Rakan-rakan media yang hadir.
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 6.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM