Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Mekanik Simpan Pelbagai Senjata Berbahaya Termasuk 2 Pistol

Published: 13 Jun 2014 1.27 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis yang mengeledah rumah suspek telah menjumpai dua pucuk pistol iaitu jenis lama bersama 12 butir peluru serta kelongsong dan Revolver bersama 27 butir peluru, tiga bilah pedang berlainan saiz..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mekanik-simpan-pelbagai-senjata-berbahaya-termasuk-2-pistol
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:51 MYT

Kuala Lumpur - 6 Jun 2009. Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields yang diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Daerah, Supt Azri bin Abdul Rahman telah menahan seorang mekanik yang amat dikehendaki polis sejak empat tahun di Taman Tan Yew Lai, Jalan Klang Lama, kerana mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah di Raub, Pahang pada tahun 2005 dan turut pernah ditahan mengikut Ordinan Darurat, kira-kira jam 10 malam.

Hasil pemeriksaan di rumah mekanik kereta yang berumur 38 tahun itu, pihak polis telah menemui pelbagai senjata berbahaya. Polis yang mengeledah rumah suspek telah menjumpai dua pucuk pistol iaitu jenis lama bersama 12 butir peluru serta kelongsong dan Revolver bersama 27 butir peluru, tiga bilah pedang berlainan saiz, tiga batang besi runcing, sebilah kapak, dua walkie-talkie serta satu kayu baton dan batang rotan.

"Pihak kami juga merampas sebuah kereta Proton Iswara dan siasatan mendapati kenderaan itu pernah dilaporkan hilang di Pandan Indah, Ampang" kata Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari bin Wan Abdul Khalid. Pihak polis akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek dan menyiasat motif sebenar penyimpanan serta kegunaan semua senjata berbahaya berkenaan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat)

ArticlePublished 13 Jun 2014 1.27 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM