Mcpf Iktiraf 6 Balai Terima Anugerah Emas Balai Polis Cemerlang
Oleh : Konst.Muhammad Iqtar Bin Azmi.
KPB Dihantar Ke Hong Hong Kong Perdalam Kaedah Pencegahan Jenayah.
KUALA LUMPUR, 22 Sept - "Ketua Polis Balai (KPB) bagi keenam-enam balai polis yang telah berjaya akan dihantar ke Hong Kong untuk mengikuti penempatan dalam perkhidmatan bersama polis Hong Kong dan ia akan dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)," ujar YDH SAC Dato' Paramasivam A/L Arunasalam, Ketua Penolong Pengarah (Latihan) sempena Majlis Pelepasan Pegawai Polis Ke Hong Kong yang melibatkan Pemenang Anugerah Emas MCPF Balai Polis Cemerlang Anjuran MCPF di Hotel Armada, hari ini.
Beliau yang berucap mewakili YDH Ketua Polis Negara sebelumnya juga telah merakamkan penghargaan kepada MCPF yang telah sama-sama berkolaborasi mengiktiraf PDRM dan usaha-usaha pencegahan jenayah yang telah dijalankan.
"Pemergian seramai enam orang KPB ini yang terdiri daripada 4 pegawai dan 2 anggota bukanlah semata-mata lawatan tetapi juga berpeluang menjalani latihan dalam mempelajari kaedah-kaedah pencegahan jenayah yang sesuai untuk diguna pakai di negara ini kelak," ujarnya lagi.
KPB-KPB ini akan berada di Hong Kong selama dua minggu bermula 23 September sehingga 6 Oktober 2012.
Turut
hadir pada hari ini, Y.Bhg Datuk Kamarudin Md. Ali, Naib Pengerusi MCPF
merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Program Lawatan Balai Polis,
Y.Bhg Dato' Mohamed Darus Mahmud, Pengerusi Urus Setia Program Lawatan
Balai Polis merangkap Ketua Delegasi Ke Hong Kong, Exco-exco MCPF,
Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan wakil-wakil media.

Ketibaan YDH SAC Dato' Paramasivam A/L Arunasalam, Ketua Penolong Pengarah (Latihan).

Ucapan Y.Bhg Datuk Kamarudin Md. Ali, Naib Pengerusi MCPF.

YDH SAC Dato' Paramasivam A/L Arunasalam, Ketua Penolong Pengarah (Latihan) menyampaikan ucapan.

Para peserta tekun mendengar ucapan...





Sesi penyampaian cek dan tiket penerbangan...

Sesi penyampaian cenderamata..

Beramah mesra bersama para peserta...


Sesi bergambar kenangan....