Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Himpunan Warga Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi Kor Suksis

Diterbitkan: 12 Jun 2014 3.08 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Program Kepolisan Komuniti Kampus (3K) adalah jalinan kerjasama pintar di antara komuniti kampus dengan pihak polis dalam membanteras jenayah. Objektif program ini adalah untuk mewujudkan suatu kawala..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/himpunan-warga-kor-sukarelawan-polis-siswa-siswi-kor-suksis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:56 MYT

Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Raymond Martin



SHAH ALAM, 22 September - Julang-julung kalinya, warga Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Kor SUKSIS) berhimpun beramai-ramai di Universiti Teknologi Mara (UITM) sempena Majlis Perhimpunan Kor SUKSIS SeMalaysia dan Majlis Perlancaran Program Kepolisan Komuniti Kampus (3K) IPTA Peringkat Universiti Teknologi Mara (UITM), hari ini.

Majlis gilang-gemilang itu telah dirasmikan oleh YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Kor SUKSIS ditubuhkan sejak 1999 cetusan idea YAB Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana menteri ketika itu dan ditubuhkan atas kesedaran bahawa perlu ada satu mekanisme yang konsisten di dalam menanamkan sifat disiplin, jati diri, serta semangat setiakawan di kalangan pelajar-pelajar di peringkat universiti bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara ini terus berkekalan.

Dalam pada itu, Program Kepolisan Komuniti Kampus (3K) yang dilancarkan pada hari ini adalah jalinan kerjasama pintar di antara komuniti kampus dengan pihak polis dalam membanteras jenayah yang berobjektifkan untuk mewujudkan suatu kawalan yang mantap, dalam usaha menjadikan kawasan universiti sebagai tempat yang selamat untuk menimba ilmu.

"Sebagai agensi penguatkuasaan undang-undang utama negara, pihak polis sedar bahawa orang ramai di negara ini berhak untuk menuntut kesejahteraan dan keamanan tempat tinggal mereka dan menyedari dari hakikat ini, pihak polis sentiasa berusaha sebaik yang boleh untuk menepati ekspektasi orang ramai terhadap perkhidmatan yang kami sediakan serta memainkan peranan yang utama dalam aktiviti-aktiviti pencegahan jenayah", ujar YDH Ketua Polis Negara di dalam ucapan beliau.

"Pada masa yang sama, melalui program ini, ia akan dapat memberi kefahaman kepada warga universiti berkaitan tanggungjawab mereka untuk mewujudkan persekitaran yang selamat, dengan adanya perancangan strategi pencegahan jenayah jangka pendek dan jangka panjang", tambah beliau lagi.

Turut hadir pada hari ini, YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), YDH DCP Dato' Hadi Ho bin Abdullah, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi), YDH DCP Dato' Wira Sabtu din Osman, Timbalan Pengarah KDN/KA (Kepolisan/Pencegahan Jenayah), YDH DCP Dato' Haji Tun Hisan bin Dato' Haji Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor, Y.Bhg ACP Kor SUKSIS, Dato' Profesor Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara merangkap Komandan Kor SUKSIS, Y.Bhg Komandan-komandan Kor SUKSIS Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia, Y.Bhg Pegawai-pegawai Kehormat Kor SUKSIS, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Pegawai-pegawai Kanan Universiti, Para Pelatih Kor SUKSIS dan wakil-wakil Media.

Himpunan Warga Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi Kor Suksis
Ketibaan YDH Tan Sri Dato' Seri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.

Himpunan Warga Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi Kor Suksis
YDH Tan Sri Dato' Seri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara memeriksa baris.

Himpunan Warga Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi Kor Suksis
Ucapan daripada Dato' Profesor Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara merangkap Komandan Kor SUKSIS. 

Himpunan Warga Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi Kor Suksis
Ucapan daripada YDH Tan Sri Dato' Seri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.
 
Himpunan Warga Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi Kor Suksis
Antara peserta baris.

Himpunan Warga Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi Kor Suksis
Antara peserta baris. 
Himpunan Warga Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi Kor Suksis
Antara yang hadir.

Penyampaian sijil oleh YDH Ketua Polis Negara.
Himpunan Warga Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi Kor Suksis
Himpunan Warga Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi Kor Suksis

Himpunan Warga Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi Kor Suksis
Lafaz ikrar.

Himpunan Warga Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi Kor Suksis
Antara yang hadir semasa majlis Pelancaran Program Kepolisan Komuniti Kampus (Program 3K).

Himpunan Warga Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi Kor Suksis
Gimik pelancarak Program 3K.

Himpunan Warga Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi Kor Suksis
Ucapan dan perasmian Program 3K oleh YDH Ketua Polis Negara.

Himpunan Warga Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi Kor Suksis
Pelancaran Program 3K
Himpunan Warga Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi Kor Suksis
Dato' Profesor Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara merangkap Komandan Kor SUKSIS menyampaikan cenderamata kepada YDH Tan Sri Dato' Seri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.
 
Himpunan Warga Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi Kor Suksis
Sesi sidang media selepas majlis bersurai.

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 3.08 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM