Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Mcpf Iktiraf 6 Balai Terima Anugerah Emas Balai Polis Cemerlang

Published: 12 Jun 2014 3.09 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
KUALA LUMPUR, 22 Sept - 'Ketua Polis Balai (KPB) bagi keenam-enam balai polis yang telah berjaya akan dihantar ke Hong Kong untuk mengikuti penempatan dalam perkhidmatan bersama polis Hong Kong dan i..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mcpf-iktiraf-6-balai-terima-anugerah-emas-balai-polis-cemerlang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:51 MYT

Oleh : Konst.Muhammad Iqtar Bin Azmi.

KPB Dihantar Ke Hong Hong Kong Perdalam Kaedah Pencegahan Jenayah.

KUALA LUMPUR, 22 Sept -  "Ketua Polis Balai (KPB) bagi keenam-enam balai polis yang telah berjaya akan dihantar ke Hong Kong untuk mengikuti penempatan dalam perkhidmatan bersama polis Hong Kong dan ia akan dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)," ujar YDH SAC Dato' Paramasivam A/L Arunasalam, Ketua Penolong Pengarah (Latihan) sempena Majlis Pelepasan Pegawai Polis Ke Hong Kong yang melibatkan Pemenang Anugerah Emas MCPF Balai Polis Cemerlang Anjuran MCPF di Hotel Armada, hari ini.

Beliau yang berucap mewakili YDH Ketua Polis Negara sebelumnya juga telah merakamkan penghargaan kepada MCPF yang telah sama-sama berkolaborasi mengiktiraf PDRM dan usaha-usaha pencegahan jenayah yang telah dijalankan.

"Pemergian seramai enam orang KPB ini yang terdiri daripada 4 pegawai dan 2 anggota bukanlah semata-mata lawatan tetapi juga berpeluang menjalani latihan dalam mempelajari kaedah-kaedah pencegahan jenayah yang sesuai untuk diguna pakai di negara ini kelak," ujarnya lagi.

KPB-KPB ini akan berada di Hong Kong selama dua minggu bermula 23 September sehingga 6 Oktober  2012.

Turut hadir pada hari ini, Y.Bhg Datuk Kamarudin Md. Ali, Naib Pengerusi MCPF merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Program Lawatan Balai Polis, Y.Bhg Dato' Mohamed Darus Mahmud, Pengerusi Urus Setia Program Lawatan Balai Polis merangkap Ketua Delegasi Ke Hong Kong, Exco-exco MCPF, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan wakil-wakil media.

Mcpf Iktiraf 6 Balai Terima Anugerah Emas Balai Polis Cemerlang
Ketibaan YDH SAC Dato' Paramasivam A/L Arunasalam, Ketua Penolong Pengarah (Latihan).

Mcpf Iktiraf 6 Balai Terima Anugerah Emas Balai Polis Cemerlang
Ucapan Y.Bhg Datuk Kamarudin Md. Ali, Naib Pengerusi MCPF.

Mcpf Iktiraf 6 Balai Terima Anugerah Emas Balai Polis Cemerlang
YDH SAC Dato' Paramasivam A/L Arunasalam, Ketua Penolong Pengarah (Latihan)  menyampaikan ucapan.

Mcpf Iktiraf 6 Balai Terima Anugerah Emas Balai Polis Cemerlang
Para peserta tekun mendengar ucapan...

Mcpf Iktiraf 6 Balai Terima Anugerah Emas Balai Polis Cemerlang
Mcpf Iktiraf 6 Balai Terima Anugerah Emas Balai Polis Cemerlang
Mcpf Iktiraf 6 Balai Terima Anugerah Emas Balai Polis Cemerlang
Mcpf Iktiraf 6 Balai Terima Anugerah Emas Balai Polis Cemerlang
Mcpf Iktiraf 6 Balai Terima Anugerah Emas Balai Polis Cemerlang
Sesi penyampaian cek dan tiket penerbangan...

Mcpf Iktiraf 6 Balai Terima Anugerah Emas Balai Polis Cemerlang
Sesi penyampaian cenderamata..

Mcpf Iktiraf 6 Balai Terima Anugerah Emas Balai Polis Cemerlang
Beramah mesra bersama para peserta...

Mcpf Iktiraf 6 Balai Terima Anugerah Emas Balai Polis Cemerlang
Mcpf Iktiraf 6 Balai Terima Anugerah Emas Balai Polis Cemerlang
Sesi bergambar kenangan....

ArticlePublished 12 Jun 2014 3.09 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM