Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Mayat Lelaki Ditemui Ditanam Di Hutan Simpan Tasik Pedu

Published: 24 Feb 2015 8.46 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Nerang, 24 Feb - Mayat seorang lelaki yang tidak diketahui identiti ditemui ditanam di kawasan Hutan Simpan Tasik Pedu di Charuk Temingat dekat sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mayat-lelaki-ditemui-ditanam-di-hutan-simpan-tasik-pedu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:17 MYT
Kuala Nerang, 24 Feb - Mayat seorang lelaki yang tidak diketahui identiti ditemui ditanam di kawasan Hutan Simpan Tasik Pedu di Charuk Temingat dekat sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nashir Ya berkata polis menerima maklumat pada 7 malam daripada sekumpulan pencari madu yang menemui kawasan tanah yang baru dikorek dan ditimbus semula.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata polis menggali di kawasan tersebut dan menemui tangan manusia dan menunggu Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah untuk siasatan lanjut pada hari ini.

"Pagi ini unit forensik telah melakukan kerja-kerja menggali lubang tersebut bagi menjalankan siasatan lanjut mengenai penemuan mayat tersebut dan punca kematian mangsa," katanya. - BERNAMA
ArticlePublished 24 Feb 2015 8.46 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM