Artikel
GADIS SOROK 200 PIL KUDA DALAM POKET SELUAR DITAHAN
Kota Bharu - Kecurigaan polis terhadap pergerakan seorang gadis berusia 22 tahun menunggang motosikal berseorangan kira-kira jam 2.45 pagi kelmarin, akhirnya t...
Kota Bharu - Kecurigaan polis terhadap pergerakan seorang gadis berusia 22 tahun menunggang motosikal berseorangan kira-kira jam 2.45 pagi kelmarin, akhirnya terjawab.
Hasil pemeriksaan, polis menemui 200 pil kuda disorokkan dalam poket seluarnya, di sebuah wakaf di Jalan Sungai Budor Jalan Pantai Cahaya Bulan, di sini.
Gadis terbabit yang menunggang berseorangan ditahan polis dalam rondaan cegah jenayah Ops Bersepadu Tahun Baharu Cina oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.
Dipercayai gadis berkenaan yang tidak bekerja, bergerak aktif mengedar pil kuda di sekitar daerah ini sejak tiga hingga empat bulan lalu bagi mendapatkan wang dengan cara mudah.
Sumber: Sinar Harian