Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Mati Ditikam

Published: 13 Jun 2014 1.01 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis Kontinjen Perlis berjaya memberkas 9 lelaki warga tempatan berbangsa siam yang disyaki terlibat didalam kes bunuh, 12 jam selepas kejadian berlaku...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mati-ditikam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:24 MYT

Kangar - 13 Mei 2009. Polis Kontinjen Perlis berjaya memberkas 9 lelaki warga tempatan berbangsa siam yang disyaki terlibat didalam kes bunuh, 12 jam selepas kejadian berlaku.

Pada jam lebih kurang 1.50 pagi, satu kejadian kes bunuh telah dilaporkan berlaku di bawah jejambat menghala ke Chuping / Padang Besar dalam daerah Padang Besar. mangsa merupakan seorang lelaki berbangsa siam dan rakannya telah dikepong dan diserang oleh sekumpulan lelaki yang mana seorang daripada lelaki tersebut dikenali oleh mangsa dan rakannya.

Saspek telah menikam mangsa dengan pisau serta memukul mangsa dengan menggunakan besi. Akibat dari tikaman dan pukulan itu, mangsa telah mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Jitra, Kedah.

Polis Kontinjen Perlis telah berjaya menahan salah seorang daripada saspek yang terlibat dan ekoran daripada soal siasat yang dijalankan, pihak polis berjaya menahan 8 orang lagi yang turut terlibat.

Mangsa dan semua saspek adalah warga tempatan dan berbangsa siam. Kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan membalas dendam berikutan peristiwa yang berlaku 2 tahun lalu. Semua saspek ditahan reman selama 7 hari untuk siasatan lanjut.

ArticlePublished 13 Jun 2014 1.01 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM