Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mat Rempit Cuak Nampak Sekatan Jalan Raya

Diterbitkan: 07 Sep 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sekumpulan mat rempit yang berhasrat keluar bersiar-siar bersama kekasihnya di lewat malam cuak setelah melihat sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak polis sehingga ada di antara mereka sanggup menunggang motosikal melawan arus demi mengelak bertembung pihak berkuasa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mat-rempit-cuak-nampak-sekatan-jalan-raya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:38 MYT

Sekumpulan mat rempit yang berhasrat keluar bersiar-siar bersama kekasihnya di lewat malam cuak setelah melihat sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak polis sehingga ada di antara mereka sanggup menunggang motosikal melawan arus demi mengelak bertembung pihak berkuasa.

Menurut Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Daerah Shah Alam, DSP Goh Lee Shen, mereka bagaimanapun berjaya ditahan dalam operasi yang dilakukan oleh pihak polis pada lewat tengah malam tersebut.

Hasil pemeriksaan polis mendapati mereka tidak mempunyai lesen memandu, mengubahsuai motosikal dengan melampau dan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, tidak mempunyai cermin sisi motosikal dan banyak lagi.

Sebanyak 77 saman dikeluarkan terhadap pemandu kenderaan yang melanggar pelbagai kesalahan jalan raya dalam operasi yang bertujuan untuk membanteras gejala lumba haram dan mengesan pengguna jalan raya yang telah melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas.

Sumber: Harian Metro
Mat Rempit Cuak Nampak Sekatan Jalan Raya

ArtikelDiterbitkan 07 Sep 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM