Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bau Pelik Bongkar Makmal Dadah

Diterbitkan: 07 Sep 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Selangor menyerbu sebuah makmal dadah di Sungai Pelek, Sepang, 31 Ogos lalu dan merampas dadah dianggarkan bernilai RM7.6 juta.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bau-pelik-bongkar-makmal-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:06 MYT

SHAH ALAM, 7 Sept. - Polis Selangor menyerbu sebuah makmal dadah di Sungai Pelek, Sepang, 31 Ogos lalu dan merampas dadah dianggarkan bernilai RM7.6 juta.

Serbuan kira-kira jam 6 petang di sebuah rumah banglo itu turut menahan tiga lelaki tempatan berusia 25 hingga 50 tahun.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Abdul Samah bin Hj Mat berkata dalam sidang media tengahari tadi, pihaknya mendapat maklumat daripada orang ramai berkenaan kegiatan haram itu. "Susulan daripada maklumat berkenaan kami menyerbu makmal terbabit dan menemui dadah dan pelbagai alatan memproses".

"Suspek tersebut ditahan dan direman sehingga 11 September bagi siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952," katanya.
Bau Pelik Bongkar Makmal Dadah
Bau Pelik Bongkar Makmal Dadah

ArtikelDiterbitkan 07 Sep 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM