Masuk Ke Malaysia Untuk Lakukan Jenayah
Pihak
polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang hari ini berjaya memberkas
sekumpulan lelaki dan wanita yang berasal dari Benua Amerika Selatan
dalam serbuan di sebuah rumah di Ampang, Selangor kerana disyaki
terlibat dalam kegiatan pecah rumah.
Pihak
polis turut merampas beberapa buah laptop pelbagai jenama, kamera
pelbagai jenama, telefon bimbit, modem, dua keping passport warga
Republik De Guatemala dan Malaysia dan beberapa dompet wanita pelbagai
jenama.
Hasil
soal siasat, pihak polis mendapati salah seorang suspek warga Columbia
yang ditahan turut dikehendaki polis dalam kes melarikan diri dalam
tahanan polis pada 04 September tahun lalu semasa menaiki van polis
dalam perjalanan menuju ke Mahkamah Petaling Jaya.
Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah.



Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor