Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Masuk Ke Malaysia Untuk Lakukan Jenayah

Published: 18 Jun 2014 1.00 AM Updated: 15 Aug 2026 7.41 PM
Pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang hari ini berjaya memberkas sekumpulan lelaki dan wanita yang berasal dari Benua Amerika Selatan dalam serbuan di sebuah rumah di Ampang, Selangor ker..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/masuk-ke-malaysia-untuk-lakukan-jenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:23 MYT

Pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang hari ini berjaya memberkas sekumpulan lelaki dan wanita yang berasal dari Benua Amerika Selatan dalam serbuan di sebuah rumah di Ampang, Selangor kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pecah rumah.

Pihak polis turut merampas beberapa buah laptop pelbagai jenama, kamera pelbagai jenama, telefon bimbit, modem, dua keping passport warga Republik De Guatemala dan Malaysia dan beberapa dompet wanita pelbagai jenama.

Hasil soal siasat, pihak polis mendapati salah seorang suspek warga Columbia yang ditahan turut dikehendaki polis dalam kes melarikan diri dalam tahanan polis pada 04 September tahun lalu semasa menaiki van polis dalam perjalanan menuju ke Mahkamah Petaling Jaya.

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah.

Masuk Ke Malaysia Untuk Lakukan Jenayah
Masuk Ke Malaysia Untuk Lakukan Jenayah
Masuk Ke Malaysia Untuk Lakukan Jenayah

Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor
ArticlePublished 18 Jun 2014 1.00 AMUpdated 15 Aug 2026 7.41 PM