Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Markas Gian Diserbu

Published: 14 Nov 2014 3.36 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kampung Gajah, 14 November - Tindakan sekumpulan empat Ielaki yang memiliki 13 paket bungkusan serbuk dan ketulan dadah jenis heroin serta menjadikan sebuah ladang kelapa sawit di Air Kuning, di sini, sebagai 'port' melepaskan gian terbongkar apabila mereka dicekup polis, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/markas-gian-diserbu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:38 MYT
Kampung Gajah, 14 November - Tindakan sekumpulan empat Ielaki yang memiliki 13 paket bungkusan serbuk dan ketulan dadah jenis heroin serta menjadikan sebuah ladang kelapa sawit di Air Kuning, di sini, sebagai 'port' melepaskan gian terbongkar apabila mereka dicekup polis, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 petang, sepasukan anggota polis diketuai seorang pegawai daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkortik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah bertindak menyerbu kawasan ladang kelapa sawit berkenaan selepas menerima aduan awam.

Pemeriksaan terhadap empat suspek lelaki Melayu berkenaan menjumpai 13 paket plastik berisi serbuk dan ketulan disyaki dadah jenis heroin dengan anggaran berat 93 gram yang disimpan dalam sebuah beg.

Markas Gian Diserbu
Sumber: Harian Metro
ArticlePublished 14 Nov 2014 3.36 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM