Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

76 Ditahan Dalam Ops Dadu Khas

Diterbitkan: 14 Nov 2014 3.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Shah Alam, 14 November - Polis Selangor giat melipat gandakan usaha membanteras perjudian haram di negeri itu melalui pelaksanaan Ops Dadu Khas fasa I dan Fasa II dengan mengenal pasti 2,290 premis menjalankan kegiatan perjudian itu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/76-ditahan-dalam-ops-dadu-khas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:34 MYT
Shah Alam, 14 November - Polis Selangor giat melipat gandakan usaha membanteras perjudian haram di negeri itu melalui pelaksanaan Ops Dadu Khas fasa I dan Fasa II dengan mengenal pasti 2,290 premis menjalankan kegiatan perjudian itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abu Samah Mat berkata, hasil kedua-dua operasi khas bermula 26 Oktober hingga 11 November, pihaknya menahan 76 orang penjaga premis perjudian online serta pelanggan melalui 54 serbuan berjaya.

Katanya, Ops Dadu Fasa I memberikan fokus bagi memastikan semua premis perjudian haram ditutup dan tidak lagi beroperasi, manakala Fasa II pula memfokuskan langkah pencegahan agar premis yang ditutup tidak lagi beroperasi secara sembunyi.

Beliau berkata, polis Selangor begitu komited bagi memastikan kegiatan perjudian haram dibanteras sepenuhnya dan berharap kerjasama masyarakat serta pelbagai agensi berkaitan.

Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap kakitangan yang membocorkan maklumat tentang serbuan dan didapati bersalah terlibat dalam kegiatan perjudian haram.

Justeru, pihaknya telah bekerjasama dengan pihak mahkamah dengan memperoleh waran penggeledahan serta Majlis Perbandaran Daerah dalam membantu menjalankan serbuan terhadap premis yang kembali beroperasi secara sembunyi.
76 Ditahan Dalam Ops Dadu Khas

Sumber: Sinar Harian
ArtikelDiterbitkan 14 Nov 2014 3.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM