Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Markas Aktiviti Penagihan Dan Pengedaran Dadah Dilumpuhkan

Published: 16 Jun 2014 8.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
MARKAS AKTIVITI PENAGIHAN DAN PENGEDARAN DADAH DILUMPUHKAN: Seorang lelaki telah ditahan di Kuala Berang,Terengganu hasil maklumat orang ramai mengenai kegiatan pengedaran dan penagihan. Pil-pil ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/markas-aktiviti-penagihan-dan-pengedaran-dadah-dilumpuhkan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:56 MYT

HULU TERENGGANU 10 DEC 2011- Bertindak di atas maklumat dadah satu Ops Tapis telah diadakan di kawasan kampung Buluh, Jalan Dusun, Kuala Berang,Terengganu yang diiketuai oleh Insp.Bill Azman A/L Unjar (KBSJN) dibantu oleh anggota Cawangan Narkotik IPD Hulu Terengganu dan anggota CPJ Balai Polis Kuala Berang. 

Dalam ops Tapis tersebut, Insp Bill Azman dan anggota dalam serbuan tersebut telah menahan seorang lelaki dihadapan rumah Kg buluh Kuala Berang, kerana disyaki rumah tersebut dijadikan sebagai markas aktiviti penagihan dan pengedaran dadah. 

Menurut ASP Mohd Rosli, Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu semasa Sidang Media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu, dalam serbuan tersebut suspek cuba melarikan diri apabila melihat kehadiran Polis dan berlaku satu pergelutan, suspek berjaya ditangkap. Pemerikasaan dibuat ke atas tubuh suspek dan menjumpai pil-pil berwarna merah yang disyaki pil kuda di simpan dalam poket seluar yang dipakai suspek. Jumlah pil kuda sebanyak 89 biji.

Tambahnya lagi, Ujian saringan awal Polis keatas suspek mendapati positif jenis dadah methamphetamine. Kes diklasifikasikan di bawah SEK 39A(1) ADB 1952 dan SEK. 15(1)(a) ADB. Suspek direman untuk siasatan lanjut.

Markas Aktiviti Penagihan Dan Pengedaran Dadah Dilumpuhkan

ArticlePublished 16 Jun 2014 8.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM