Artikel
Marin Wilayah Dua Tahan 18 Tekong Darat Termasuk Empat Warga Tempatan
Pengerang - Sehingga 28 November 2017, 18 tekong ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 Johor kerana terbabit dalam kegiatan penyeludupan migran menggunak...
Pengerang - Sehingga 28 November 2017, 18 tekong ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 Johor kerana terbabit dalam kegiatan penyeludupan migran menggunakan laluan laut.
Dalam tempoh sama, seramai 758 migran ditahan PPM kerana cuba masuk atau keluar dari negara ini menggunakan pangkalan haram yang wujud sepanjang kawasan pesisir pantai.
Perkara itu didedahkan Timbalan Komander PPM Wilayah 2 Johor Superintendan Shaari Ariffin yang memberitahu pihaknya tidak pernah berkompromi dengan kegiatan penyeludupan migran di kawasan berkenaan.
"Kita sering meningkatkan operasi dan maklumat risikan bagi membendung kegiatan ini," katanya ketika ditemui di sini.
Menurutnya, sehingga 28 November, seramai 758 migran kebanyakannya warga Indonesia ditahan.
"Selain itu, 18 tekong ditahan termasuk empat daripadanya warga tempatan," katanya.
Shaari berkata, pihaknya turut merampas aset digunakan sindiket penyeludupan berkenaan bernilai RM1,064,410.
Sumber- Harian Metro