Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lelaki Bawa Pemetik Api Bom Tangan Ditahan Di Miri

Diterbitkan: 04 Jan 2018 6.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Miri, 4 Jan 2018 - Polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun dari Limbang kerana memiliki pemetik api menyerupai bom tangan pukul 8.20 malam di Lapangan Terbang Miri pada Selasa lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-bawa-pemetik-api-bom-tangan-ditahan-di-miri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:44 MYT


Miri, 4 Jan 2018 - Polis  menahan seorang lelaki berusia 23 tahun dari Limbang kerana memiliki pemetik api menyerupai bom tangan pukul 8.20 malam di Lapangan Terbang Miri pada Selasa lepas.

Ketua Polis Miri ACP Lim Meng Seah berkata suspek yang bekerja di Johor Bahru ditahan di balai berlepas Lapangan Terbang Miri ketika pemeriksaan bagasi tangan dilakukan ke atas beg pinggang suspek.

“Polis Bantuan yang melakukan pemeriksaan mengarahkan suspek membuka beg itu dan mendapati satu objek menyerupai bom tangan. Apabila  ditanya, suspek menjawab ia adalah pemetik api,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Lim berkata ketika ditahan,  suspek yang tidak mempunyai  rekod jenayah lampau dan hendak menaiki penerbangan  ke Johor Bahru dari Miri, mendakwa pemetik api tersebut dibeli di Johor Bahru.

Terdahulu Lim menyaksikan serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Daerah Miri yang baharu iaitu Supt Mohamad Hafipi Mohd Salim, sebelum ini Ketua Polis Meradong,  menggantikan ACP Stanley Johnathan Ringit yang dinaikkan pangkat menjadi Ketua Polis Daerah Sibu yang baharu. - BERNAMA

 


ArtikelDiterbitkan 04 Jan 2018 6.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM