Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Marin Tahan Dua Sampan Nelayan Guna Pekerja Asing

Published: 06 Nov 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang menahan dua sampan nelayan tempatan kerana menggunakan pekerja asing tanpa permit di perairan Sungai Buloh, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/marin-tahan-dua-sampan-nelayan-guna-pekerja-asing
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:45 MYT

Kuala Selangor, 6 November- Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang menahan dua sampan nelayan tempatan kerana menggunakan pekerja asing tanpa permit di perairan Sungai Buloh, di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 1, ACP Marzuki Che Shuib berkata, pihaknya telah menahan sampan nelayan pertama pada jam 10 malam manakala sebuah lagi ditahan kira-kira 40 minit kemudian.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua sampan berkenaan menggajikan pekerja asing tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

"Kedua-dua pekerja asing warga Indonesia yang berumur 36 dan 52 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 iaitu kesalahan kerana melanggar syarat dalam lesen perikanan negara", katanya lagi.

Kesemua sampan dan tahanan dibawa balik ke Markas Operasi Marin Pelabuhan Klang bagi tujuan dokumentasi sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat jabatan berkenaan untuk tindakan lanjut.
Marin Tahan Dua Sampan Nelayan Guna Pekerja Asing

ArticlePublished 06 Nov 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM