Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 1 2015

Diterbitkan: 07 Nov 2015 7.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Upacara Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 1/2015 telah selamat berlangsung dengan jayanya di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, di sini pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perbarisan-tamat-latihan-kursus-asas-kadet-inspektor-siri-1-2015
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:53 MYT

KUALA LUMPUR, 7 November– Upacara Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 1/2015 telah selamat berlangsung dengan jayanya di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, di sini pagi tadi.

Majlis penuh istiadat kepolisan itu dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim yang mewakili pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima tabik hormat daripada 518 Kadet Inspektor baru termasuklah tujuh Kadet Polis Diraja Brunei.

Terdahulu, Dato' Sri Noor Rashid yang membuat pemeriksaan perbarisan turut menyampaikan hadiah kepada Inspektor Terbaik bagi empat ketegori iaitu Kategori Terbaik Akademik diterima oleh Inspektor Saw Chee Koon, Kategori Terbaik Latihan Luar Wanita diterima oleh Inspektor Florence Ansikit, Kategori Terbaik Latihan Luar Lelaki diterima oleh Mohd Fahmi Ahmad manakala Kategori Terbaik Keseluruhan diterima oleh Inspektor Sazali Mohamed Yatim.

Berucap dalam majlis tersebut, beliau turut menasihati Kadet Inspektor yang bakal berdepan degan dunia sebenar pekerjaan kelak agar lebih berhemah dan bertimbang rasa serta lebih bijak dalam menangani setiap permasalahan yang timbul agar masyarakat lebih yakin dengan cara kerja PDRM.

“Policing is not a job, it is a profession. Ia merupakan satu amanah dan tanggungjawab kepada Negara, di mana seorang pegawai polis itu haruslah berseida mengetepikan keselesaan dan kepentingan peribadi demi masyarakat dan Negara.” jelas beliau.

“kita juga perlu menyediakan diri kita dengan memantapkan ilmu pengetahuan, menimba seluas-luas pengalaman tugas, menanamkan semangat kerja dan tanggungjawab yang tinggi serta mencurahkan bakti dengan jujur dan ikhlas. Nilai-nilai murni ini perlu dipupuk dalam keperibadian kita untuk diterapkan dalam penugasan kepolisan bagi memacu kemajuan Negara” tambah beliau lagi.

Hadir sama bagi menyaksikan majlis ini ialah Pengarah Pengurusan, Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Zahari Hj. Mohd Yusoff, Director Of Administration & Finance Polis Diraja Brunei, Senior Superintendan Pengiran Hj. Muhammad bin Pengiran Hj. Metali, Dato'-Dato' Pegawai Kanan PDRM, para Pegawai Kanan dan Anggota Pangkat Rendah PDRM, wakil-wakil media serta ahli keluarga Kadet Inspektor yang terlibat.

GAMBAR SEPANJANG MAJLIS
_MG_5889
_MG_5902
_MG_5963
_MG_5925
_MG_5990
_MG_6085
_MG_6169
_MG_6172
_MG_6173
_MG_6182
_MG_6191
_MG_6198
_MG_6211
_MG_6231
_MG_6411
_MG_6421

ArtikelDiterbitkan 07 Nov 2015 7.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM