Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Marin Sarikei Patah Cubaan Seludup 400 Batang Kayu Bakau

Published: 03 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasukan Polis Marin (PPM) Sarikei berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 400 batang kayu bakau bernilai RM6,800 dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Perhutanan di perairan Batang Belawai dekat sini, tengahari semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/marin-sarikei-patah-cubaan-seludup-400-batang-kayu-bakau
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:12 MYT

Sarikei, 3 Oktober- Pasukan Polis Marin (PPM) Sarikei berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 400 batang kayu bakau bernilai RM6,800 dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Perhutanan di perairan Batang Belawai dekat sini, tengahari semalam.

Menurut Komander PPM Wilayah 5, ACP Kalai Chelvan Nadarajan, kesemua kayu bakau itu dirampas dalam satu pemeriksaan ke atas longgokan kayu bakau tanpa pemilik yang dijumpai di perairan berkenaan.

"Setelah pemeriksaan dibuat, pihak polis mengesyaki kesemua kayu bakau ini diperolehi secara haram dari hutan berhampiran untuk dijual ke luar negara," katanya.

Kayu bakau yang dirampas dibawa pulang ke pangkalan untuk dibuat laporan polis sebelum diserahkan kepada Jabatan Perhutanan untuk tindakan selanjutnya di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak 1958.
Marin Sarikei Patah Cubaan Seludup 400 Batang Kayu Bakau

ArticlePublished 03 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM