Marin Sandakan Rampas Rokok Bernilai Rm143 Ribu
Sandakan, 6 Okt – Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan merampas 30,600 bungkus rokok jenis Astro bernilai kira-kira RM143,160 dalam operasi di Perairan Batu Sapi, dekat sini, kelmarin.
Komander PPM Wilayah 4, ACP Mohamad Madun berkata kesemua rampasan tersebut dilakukan dalam Op Pensura.
“Ketika operasi pasukan peronda melihat sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan dan mengekori bot berkenaan sehingga ke pantai berhampiran.
“Ketika cuba dihampiri, seorang juragan bot laju itu bertindak melarikan diri ke arah pantai dan gagal dikesan,” katanya lagi.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan terdapat 29,200 bungkus Astro merah dan 1,400 bungkus rokok Astro hijau.
Kesemua rampasan termasuk sebuah bot dan enjin sangkut itu kemudiannya dibawa ke markas operasi PPM Sandakan untuk disiasat mengikut Sek 135(1)(e) Akta Kastam 1967.