Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Marin Sandakan Rampas Rokok Bernilai Rm143 Ribu

Diterbitkan: 06 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan merampas 30,600 bungkus rokok jenis Astro bernilai kira-kira RM143,160 dalam operasi di Perairan Batu Sapi, dekat sini, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/marin-sandakan-rampas-rokok-bernilai-rm143-ribu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:26 MYT

Sandakan, 6 Okt – Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan merampas 30,600 bungkus rokok jenis Astro bernilai kira-kira RM143,160 dalam operasi di Perairan Batu Sapi, dekat sini, kelmarin.

Komander PPM Wilayah 4, ACP Mohamad Madun berkata kesemua rampasan tersebut dilakukan dalam Op Pensura.

“Ketika operasi pasukan peronda melihat sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan dan mengekori bot berkenaan sehingga ke pantai berhampiran. 

“Ketika cuba dihampiri, seorang juragan bot laju itu bertindak melarikan diri ke arah pantai dan gagal dikesan,” katanya lagi. 

Beliau berkata, hasil pemeriksaan terdapat 29,200 bungkus Astro merah dan 1,400 bungkus rokok Astro hijau.

Kesemua rampasan termasuk sebuah bot dan enjin sangkut itu kemudiannya dibawa ke markas operasi PPM Sandakan untuk disiasat mengikut Sek 135(1)(e) Akta Kastam 1967.
Marin Sandakan Rampas Rokok Bernilai Rm143 Ribu

ArtikelDiterbitkan 06 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM