Marin PDRM Rampas Bahan Letupan:
Pasukan Polis Marin Semporna Sabah berjaya merampas bahan letupan yang
digunakan untuk mengebom ikan selepas satu serbuan dilakukan ke atas
sebuah rumah yang tidak bernombor di Kampung Hidayat, Semporna, Sabah
pada awal pagi kelmarin.
Dalam
serbuan tersebut, pihak Polis berjaya menemui sejumlah 1550 butir alat
peletup dan 3 gulung sumbu. Turut ditemui 21 biji botol yang siap untuk
dijadikan bom ikan dan beberapa bungkusan plastik yang mengandungi baja
amonia. kes disiasat di bawah seksyen 6 Akta bahan letupan.
