Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Marin Patahkan Cubaan Pati Guna Laluan Tikus Keluar Malaysia

Published: 21 Nov 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba untuk menyusup keluar dari Malaysia menggunakan laluan haram, berjaya dipatahkan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang, berdekatan kawasan hutan, Jalan Bukit Tuatau, di sini, awal pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/marin-patahkan-cubaan-pati-guna-laluan-tikus-keluar-malaysia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:14 MYT

Kota Tinggi, 21 Nov - Sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba untuk menyusup keluar dari Malaysia menggunakan laluan haram, berjaya dipatahkan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang, berdekatan kawasan hutan, Jalan Bukit Tuatau, di sini, awal pagi tadi.

Komander PPM Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, seramai 23 PATI berjaya ditahan dalam Op Landai pada jam kira-kira 1.40 pagi itu.

"Serbuan dibuat di kawasan hutan dan mendapati sekumpulan PATI sedang menunggu bot pancung ke Indonesia", katanya.

Menurutnya, pihak polis menerima maklumat terdapat kegiatan keluar masuk PATI ke negara ini yang aktif menggunakan 'laluan tikus' untuk mengelak ditahan oleh pihak berkuasa.

Tambah beliau, kesemua PATI yang terdiri daripada 10 lelaki, 10 wanita, dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan itu dibawa ke Balai Polis Penawar untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.
Marin Patahkan Cubaan Pati Guna Laluan Tikus Keluar Malaysia

ArticlePublished 21 Nov 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM