Marin Mersing Bantu Bawa Mayat Pelancong Asing
Pulau Tioman, 1 April - Pasukan Polis Marin (PPM) Mersing memberi bantuan membawa keluar mayat seorang pelancong warga India ke jeti Mersing menggunakan sebuah bot ronda di sini, semalam.
Komander PPM Wilayah Dua Johor Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, wanita warga asing tersebut dipercayai meninggal dunia semasa dalam pelayaran menggunakan Kapal persiaran SuperStar Gemini menuju Pulau Tioman.
“Mangsa dipercayai meninggal semasa berada di perairan Bandar Penawar sementara laporan kematian tersebut dibuat sendiri oleh kapten kapal berkenaan,” katanya lagi.
Mayat dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.