Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lagi Dua Lelaki Disyaki Geng 36 Ditahan

Diterbitkan: 01 Apr 2015 9.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seremban, 1 April - Susulan kejadian berbalas tembakan dengan dua anggota kongsi gelap geng 36 pada 21 Mac lepas, pihak polis berjaya menahan dua lagi suspek disyaki dari kumpulan sama.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lagi-dua-lelaki-disyaki-geng-36-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:50 MYT
Seremban, 1 April - Susulan kejadian berbalas tembakan dengan dua anggota kongsi gelap geng 36 pada 21 Mac lepas, pihak polis berjaya menahan dua lagi suspek disyaki dari kumpulan sama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, ACP Norazman Muhammad Yusuf berkata suspek pertama yang berusia 36 tahun ditahan di Seremban.

"Susulan daripada tangkapan lelaki pertama itu, membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki berusia 28 tahun di sekitar Sendayan.

"Pemeriksaan terhadap suspek kedua, pihak polis menjumpai 2kg ganja mampat, dadah disyaki heroin seberat 3.7kg dan satu beg hitam yang mengandungi pistol jenis phyton bersama 15 biji peluru," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri Sembilan di sini hari ini.

Norazman berkata kedua-dua suspek yang bekerja sendiri tidak mempunyai rekod jenayah.

Mereka telah ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971.

"Kita percaya mereka dalam satu sindiket yang sama dan pihak polis masih membuat siasatan untuk mengesan saki baki kumpulan ini," katanya. - BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 01 Apr 2015 9.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM