Marin Masih Relevan
oleh : Sjn Zaiddin bin Dahalan
KLANG -
3 Oktober 2012. Sepanjang tahun 2012 dari bulan Januari hingga
September, Pasukan Polis Marin telah berjaya melakar beberapa kejayaan.
Sepanjang tempoh tersebut, Pasukan Polis Marin telah membuat pemeriksaan
sebanyak 103,700 orang dan memeriksa 21,300 buah bot.
Dalam
tempoh itu juga, seramai 746 orang telah ditangkap di bawah pelbagai
kesalahan, 768 orang pendatang tanpa izin turut ditangkap, dengan nilai
rampasan berjumlah 16 juta ringgit.
"Walaupun
Pasukan Polis Marin tidak lagi menguatkuasakan lautan,
kejayaan-kejayaan yang dipaparkan itu menunjukkan, Pasukan Polis Marin
masih relevan menjalankan tugas serta tanggungjawabnya demi kepentingan
kepada rakyat dan negara", antara kata semangat dan amanat YDH CP Dato'
Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA semasa sesi dialog
kepada pegawai dan anggota Pasukan Polis Marin Wilayah 1, sempena
Lawatan Kerja beliau ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin, Pelabuhan
Klang, Wilayah 1.
Sesi
dialog ini telah dihadiri seramai 170 orang pegawai dan anggota marin
dari Pulau Pinang, Langkawi, Lumut dan juga Pelabuhan Klang.
"Kita
berada di dunia tanpa sempadan, yang sentiasa berubah-rubah, oleh itu,
kita juga perlu bersedia untuk berubah dan akur dengan perubahan
tersebut untuk menunjukkan kesetiaan kita kepada Pasukan Polis Diraja
Malaysia", tambah beliau lagi.
"Berilah
kepada saya imej yang baik, tonjolkan sikap yang tinggi dan terpuji,
kerjasama sepasukan dan kesetiaan kepada Polis Diraja Malaysia, untuk
kita sama-sama memertabatkan Polis Diraja Malaysia dipersada dunia",
amanat akhir oleh YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid.
Turut
hadir di perjumpaan tersebut ialah, YDH SAC Dato' Isa bin Munir,
Komander Pasukan Polis Marin, YDH SAC Dato' Amer bin Awal, Timbalan
Pengarah II Jabatan KDN/KA, ACP Mohd Yusof bin Abdullah, Komander
Pasukan Polis Marin Wilayah 1, ACP Mohamad bin Mat Yusop, Ketua Polis
Daerah Klang Selatan serta Pegawai-pegawai Kanan dan anggota PDRM.
Ketibaan YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Pelabuhan Klang
Menandatangani Buku Pelawat
Pengacara majlis..
Antara pegawai dan anggota marin yang hadir...
Ucapan aluan oleh YDH SAC Dato' Isa bin Munir, Komander Pasukan Polis Marin
Penerima Surat Penghargaan
Sidang Media
YDH SAC Dato' Amer bin Awal, Timbalan Pengarah II Jabatan KDN/KA bersama ACP Mohamad bin Mat Yusop, Ketua Polis Daerah Klang Selatan
Antara wakil-wakil media yang hadir
Amanat oleh YDH Pengarah Jabatan KDN/KA...
Sesi dialog bersama YDH Pengarah Jabatan KDN/KA
Beramah mesra sebelum meninggalkan majlis..