Mesyuarat Khas Kpn Bersama Pjp Kp Komander Komandan
"Penyelewengan
dan kecuaian menyempurnakan tugas dan tanggungjawab yang telah
diamanahkan adalah satu pengkhianatan kepada masyarakat dan negara",
Ketua Polis Negara.
oleh : Sjn Zaiddin Dahalan
foto : L/Kpl Edwind Indo
KUALA
LUMPUR - 2 Oktober 2012. Mesyuarat Khas KPN Bersama Pesuruhjaya
Polis/Ketua Polis/Komander dan Komandan telah berlangsung selama dua
hari di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, Cheras.
Bersempena
dengan mesyuarat ini, pembentangan serta taklimat berkenaan beberapa
isu penting turut disampaikan sendiri oleh pengarah yang berkaitan
mengenai persiapan PDRM dalam menghadapi pilihan raya yang akan
mencakupi perspektif Jabatan Pengurusan, Jabatan KDN/KA, Jabatan
Logistik, Cawangan Khas dan juga perspektif undang-undang.
Tidak
ketinggalan, pembentangan mengenai isu-isu disiplin dalam PDRM,
pencegahan jenayah melalui konsep 'United Against Crime', Kempen 1Aman,
menangani masalah dan isu-isu Media Sosial serta sesi soal jawab.
"Saya
juga mengharapkan mesyuarat ini dipenuhi dengan perbincangan dan
percambahan idea daripada semua pegawai, yang akan memantapkan lagi
organisasi dan penugasan kita"
"Dan hasil daripada mesyuarat khas
ini, akan tercernalah satu hasil dan rumusan baru yang lebih mantap,
untuk memastikan PDRM tetap relevan dan di terima oleh masyarakat negara
ini. Dalam masa yang sama, kita dapat saling ingat-mengingatkan akan
amanah yang perlu dipikul dan di bawah tanggungjawab kita", antara
Ucaptama oleh YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua
Polis Negara.
Kejayaan
warga Polis Diraja Malaysia mempamerkan perkhidmatan yang cemerlang dan
profesional itu, adalah kerana adanya persediaan awal dan rapi,
penyeliaan yang berkesan dan komitmen semua pihak yang terlibat, tambah
beliau lagi.
YDH Ketua Polis Negara juga menyentuh Pelan Transformasi Kerajaan atau Government Transformation Plan -
GTP yang dilancarkan pada tahun 2009, merangkumi Bidang Keberhasilan
Utama Negara (NKRA) mengurangkan jenayah, bukan sahaja telah melakarkan
banyak kejayaan, tetapi turut mempamerkan kejayaan yang ketara serta
banyak membuahkan hasil yang positif.
"Tahniah kepada
Pengarah-pengarah Jabatan, semua Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis
Negeri, serta Komander-Komander Briged kerana telah merancang dengan
teliti serta telah terlibat secara langsung melaksanakan transformasi
melalui inisiatif-inisiatif NKRA mengurangkan jenayah yang berteraskan
inovasi dan kreativiti", ucap beliau lagi.
PDRM juga perlu
mengukuhkan lagi kerjasama strategik dalam tindakan mencegah jenayah
dengan pihak yang lain iaitu JPAM, RELA, Angkatan Tentera Malaysia dan
Skim Rondaan Bersama Rukun Tetangga sebagaimana ditetapkan di dalam
program NKRA.
Selain daripada golongan belia, golongan yang
dilihat mempunyai potensi untuk dijadikan rakan strategik pencegahan
jenayah adalah para peniaga kecil, usahawan-usahawan, juga golongan
korporat daripada syarikat-syarikat yang besar.
Penglibatan rakan strategik pencegahan jenayah juga terkandung di dalam Kempen 1Aman Fasa Kedua, yang
mana inisiatif ini secara kreatif akan melibatkan dan menggerakkan
masyarakat awam untuk bersama-sama mewujudkan persekitaran yang selamat.
Antara inisiatif Kempen 1Aman ini termasuklah mewujudkan polis
bantuan dalam jumlah yang besar untuk kegunaan sektor swasta, penggunaan
pusat latihan bagi merekrut polis bantuan, penggunaan para suri rumah
sebagai mata dan telinga di kawasan kejiranan, serta penggunaan golongan
belia di dalam aktiviti memerangi jenayah.
"Sekiranya
benar kita amat prihatin dengan masalah orang ramai dan ikhlas dalam
merealisasikan serta mengotakan janji-janji yang telah dilafazkan, kita
tidak seharusnya berkompromi atau bertolak ansur dengan segala bentuk
penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, pembaziran dan kecuaian",
akhir kata oleh Ketua Polis Negara





Ketibaan
YDH Pengarah-Pengarah Jabatan, Pesuruhjaya Polis Sabah/Sarawak,
Ketua-Ketua Polis Negeri, Komander-Komander Briged, Komandan-Komandan
Pusat Latihan Polis dan Pegawai Kanan Polis

Ketibaan
YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara
disambut oleh YDH SAC Dato' Dr. Chai Khin Chung, Timbalan Komandan
Maktab PDRM Kuala Lumpur

Nyanyian lagu Negaraku


Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa

Penyampaian ucaptama oleh YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara









Antara yang hadir

Pembentangan oleh YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM

Pembentangan oleh YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam

Sekitar mesyuarat khas

Pembentangan oleh YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM



Sesi soal jawab

Pembentangan oleh YDH DCP Dato' Abdul Hamid bin Bador, Timbalan Pengarah I Cawangan Khas

Pembentangan oleh YDH SAC Dato' Razali bin Basri dari Bahagian Pendakwaan Undang-Undang
Sesi malam

Pembentangan United Against Crime oleh YDH Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakob, Ketua Urus Setia NKRA

Pembentangan Government Transformation Programme (GTP) 2.0 oleh Y.Bhg Encik Eugene Teh Yee, Pengarah NKRA, Unit Pemandu, JPM





Sekitar sesi mesyuarat

Pembentangan 1 Aman Campaign oleh YDH Dato' Paramasivam a/l Arunasalam, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Latihan
Penutupan Mesyuarat (2.10.2012)

Juruacara Mesyuarat

Pemtangan Isu-isu Disiplin Dalam PDRM oleh YDH Dato' Hashim bin Abd. Jalil, Timbalan Ketua Urus Setia KPN, Tatatertib

Pembentangan Menangani Masalah Dan Isu-isu Media Sosial oleh YDH DCP Dato' Tajudin bin Md Isa, Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Ketibaan
YB Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri
diiringi oleh YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua
Polis Negara dan YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan
Ketua Polis Negara


Ucapan penutupan oleh YB Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri


Sidang Media

Bergambar Kenangan di perkarangan Maktab PDRM

YB Menteri Dalam Negeri beramah-mesra kalangan Ketua-Ketua Polis Negeri