Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Marin Masih Releven

Published: 12 Jun 2014 3.18 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Kita berada di dunia tanpa sempadan, yang sentiasa berubah-rubah, oleh itu, kita juga perlu bersedia untuk berubah dan akur dengan perubahan tersebut untuk menunjukkan kesetiaan kita kepada Pasukan P..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/marin-masih-releven
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:55 MYT

Marin Masih Relevan
oleh : Sjn Zaiddin bin Dahalan

KLANG - 3 Oktober 2012. Sepanjang tahun 2012 dari bulan Januari hingga September, Pasukan Polis Marin telah berjaya melakar beberapa kejayaan. Sepanjang tempoh tersebut, Pasukan Polis Marin telah membuat pemeriksaan sebanyak 103,700 orang dan memeriksa 21,300 buah bot.

Dalam tempoh itu juga, seramai 746 orang telah ditangkap di bawah pelbagai kesalahan, 768 orang pendatang tanpa izin turut ditangkap, dengan nilai rampasan berjumlah 16 juta ringgit.

"Walaupun Pasukan Polis Marin tidak lagi menguatkuasakan lautan, kejayaan-kejayaan yang dipaparkan itu menunjukkan, Pasukan Polis Marin masih relevan menjalankan tugas serta tanggungjawabnya demi kepentingan kepada rakyat dan negara", antara kata semangat dan amanat YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA semasa sesi dialog kepada pegawai dan anggota Pasukan Polis Marin Wilayah 1, sempena Lawatan Kerja beliau ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin, Pelabuhan Klang, Wilayah 1.

Sesi dialog ini telah dihadiri seramai 170 orang pegawai dan anggota marin dari Pulau Pinang, Langkawi, Lumut dan juga Pelabuhan Klang.

"Kita berada di dunia tanpa sempadan, yang sentiasa berubah-rubah, oleh itu, kita juga perlu bersedia untuk berubah dan akur dengan perubahan tersebut untuk menunjukkan kesetiaan kita kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia", tambah beliau lagi.

"Berilah kepada saya imej yang baik, tonjolkan sikap yang tinggi dan terpuji, kerjasama sepasukan dan kesetiaan kepada Polis Diraja Malaysia, untuk kita sama-sama memertabatkan Polis Diraja Malaysia dipersada dunia", amanat akhir oleh YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid.

Turut hadir di perjumpaan tersebut ialah, YDH SAC Dato' Isa bin Munir, Komander Pasukan Polis Marin, YDH SAC Dato' Amer bin Awal, Timbalan Pengarah II Jabatan KDN/KA, ACP Mohd Yusof bin Abdullah, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, ACP Mohamad bin Mat Yusop, Ketua Polis Daerah Klang Selatan serta Pegawai-pegawai Kanan dan anggota PDRM.


Marin Masih Releven
Ketibaan YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Pelabuhan Klang

Marin Masih Releven
Menandatangani Buku Pelawat

Marin Masih Releven
Pengacara majlis..

Marin Masih Releven
Marin Masih Releven
Marin Masih Releven
Marin Masih Releven
Marin Masih Releven
Marin Masih Releven
Antara pegawai dan anggota marin yang hadir...

Marin Masih Releven
Ucapan aluan oleh YDH SAC Dato' Isa bin Munir, Komander Pasukan Polis Marin

Marin Masih Releven
Marin Masih Releven
Penerima Surat Penghargaan

Marin Masih Releven
Sidang Media

Marin Masih Releven
YDH SAC Dato' Amer bin Awal, Timbalan Pengarah II Jabatan KDN/KA bersama ACP Mohamad bin Mat Yusop, Ketua Polis Daerah Klang Selatan 

Marin Masih Releven
Antara wakil-wakil media yang hadir

Marin Masih Releven
Amanat oleh YDH Pengarah Jabatan KDN/KA...

Marin Masih Releven
Marin Masih Releven
Marin Masih Releven
Marin Masih Releven
Sesi dialog bersama YDH Pengarah Jabatan KDN/KA

Marin Masih Releven
Marin Masih Releven
Beramah mesra sebelum meninggalkan majlis..

ArticlePublished 12 Jun 2014 3.18 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM