Marilah Bersama Sama Kita Memastikan Jalan Raya Tidak Menjadi Jalan Raya Maut
Sungai Buloh - 29 Ogos 2011
Sejak
pelancaran OPS Sikap sehingga semalam, sebanyak 22% kemalangan telah di
dicatat manakala 26% adalah kemalangan yang melibatkan maut. Daripada
117 kes kematian yang tercatat, 71 daripada jumlah kes ini disumbangkan
oleh penunggang motosikal. Maklumat ini telah dimaklumkan oleh YDH DIG
Dato' Seri Khalid b. Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara pagi ini di
Batu 20, Jalan Sungai Buloh menghala Kuala Selangor.
Turut
hadir YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan
Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), YDH SAC Dato' Abd Aziz bin
Yusof, Ketua Trafik Pasukan, YDH ACP Mohd Fuad bin Abd Latiff, Timbalan
Ketua Trafik Pasukan, YDH ACP Arjunaidi bin Mohamed, Ketua Polis Daerah
Petaling Jaya, Pegawai-Pegawai Polis Trafik Ibu Pejabat Bukit Aman serta
Daerah, Anggota Polis Trafik dan Wakil-wakil media.
Di
samping melawat keadaan anggota polis trafik yang akan bertugas
menjelang hari raya pada hari esok hari, kehadiran YDH Timbalan Ketua
Polis Negara adalah bagi menyampaikan mesej kepada pengguna-pengguna
jalan raya agar lebih berwaspada ketika memandu.
"Kajian
pihak kami, kemalangan yang melibatkan penunggang
motosikal adalah berlaku menjelang petang hari. Kes tertinggi dicatat
adalah sekitar jam 2.00 petang sehingga jam 4.00 petang. Ini mungkin
pada waktu itu, penunggang-penunggang merasa letih dengan keadaan cuaca
yang panas. Trend yang turut menjadi penyumbang kepada banyak
kemalangan adalah kenderaan yang berhenti di lorong kecemasan", ujar YDH
Timbalan Ketua Polis Negara di dalam sidang media ringkas.
"Saya
menasihatkan kepada pengguna-pengguna jalan raya, janganlah berhenti di
lorong kecemasan jika tidak ada sebab-sebab yang betul-betul memaksa.
Singgahlah di lay by atau R&R
untuk memberhentikan kenderaan anda. Anggota-anggota trafik telah pun
diarahkan agar mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang sengaja
berhenti di lorong kecemasan. Marilah kita bersama-sama untuk memastikan
supaya statistik ini tidak akan terus meningkat", YDH Timbalan Ketua
Polis Negara mengakhiri sidang media ringkas beliau.

Ketibaan YDH Pengarah Jabatan KDN/KA

Ketibaan YDH Timbalan Ketua Polis Negara disambut oleh YDH Pengarah Jabatan KDN/KA

Pegawai Polis Trafik melaporkan kekuatan anggota bertugas



Menandatangani Buku Pelawat

Bermesra dengan anggota yang bertugas OPS Sikap

Sidang media ringkas
Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo
Penyunting : ASP Foo Chek Seng