Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Mantapkan Kualiti Dan Tanggungjawab Selaras Dengan Transformasi

Published: 11 Jun 2014 9.25 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Masa berlalu dan tanpa disedari, kini kita telahpun berada di minggu kedua bulan Februari tahun 2012. Sepertimana kata pepatah Inggeris: “Time and Tide Wait For No Man”. Begitulah halnya dengan masa. ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mantapkan-kualiti-dan-tanggungjawab-selaras-dengan-transformasi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:02 MYT

"Masa berlalu dan tanpa disedari, kini kita telahpun berada di minggu kedua bulan Februari tahun 2012. Sepertimana kata pepatah Inggeris: "Time and Tide Wait For No Man". Begitulah halnya dengan masa. Kita merasakan bahawa masa begitu cepat berlalu dan secara relatifnya adalah berkait langsung dengan kesibukan tugas dan aktiviti seharian kita. Malah ada di antara kita yang mengeluh meminta supaya hari dipanjangkan melebihi dua puluh empat jam. Namun, sama ada sedar atau tidak, kesibukan dan perasaan kesempitan masa itulah yang mematangkan kita, sama ada dari perspektif individu, kerjaya atau keluarga ..."  - YDH Ketua Polis Negara

Bukit Aman, 16 Feb 2012 - "Adalah masih belum terlewat untuk kita mengingatkan diri masing-masing bersempena dengan tahun baru ini untuk kita terus mengukuhkan iltizam bagi memantapkan kualiti perkhidmatan kita selaku penjawat awam serta juga kualiti kita sama ada sebagai ibu atau bapa dalam keluarga ," ujar YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapannya sempena Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman anjuran Jabatan Pengurusan di Perkarangan Kompleks 3 Bukit Aman, hari ini.

Tambahnya lagi, hanya melalui pengukuhan iltizam, PDRM mampu untuk melaksanakan strategi-strategi pengurusan kerjaya mahupun pengurusan rumah tangga dengan lebih berkesan dan memberi manfaat sepenuhnya terhadap kesejahteraan dan kemakmuran mereka di bawah tanggungjawab PDRM.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua warga PDRM yang telah bertugas semasa sambutan Hari Thaipusam pada 7 Februari yang lalu ,dimana pegawai dan anggota yang ditugaskan mempamerkan profesionalisme penugasan yang tinggi dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin sepanjang perayaan diadakan.

"Sesungguhnya, tanggungjawab yang dipikul oleh kita pada hari ini adalah amat berat dan meluas, kerana seluruh lapisan masyarakat mempertaruhkan harapan mereka kepada kita untuk memastikan mereka berasa selamat untuk bergerak dan menjalani kehidupan harian," ujarnya lagi

"Transformasi hendaklah bermula dari dalam diri kita sendiri dan hendaklah diserlahkan melalui produktiviti dan keberhasilan kepada pasukan secara keseluruhannya," akhiri beliau.

Perhimpunan Bulanan Bagi Kali Kedua 2012 ini turut dihadiri oleh YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-pengarah PDRM, YDH DCP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan, Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Mantapkan Kualiti Dan Tanggungjawab Selaras Dengan Transformasi
Mantapkan Kualiti Dan Tanggungjawab Selaras Dengan Transformasi
Kawalan Kehormatan mengambil tempat

Mantapkan Kualiti Dan Tanggungjawab Selaras Dengan Transformasi
Barisan pimpinan tertinggi PDRM..

Mantapkan Kualiti Dan Tanggungjawab Selaras Dengan Transformasi
Mantapkan Kualiti Dan Tanggungjawab Selaras Dengan Transformasi
Bacaan doa..

Mantapkan Kualiti Dan Tanggungjawab Selaras Dengan Transformasi
Mantapkan Kualiti Dan Tanggungjawab Selaras Dengan Transformasi
Bacaan ikrar..

Mantapkan Kualiti Dan Tanggungjawab Selaras Dengan Transformasi
Ucapan daripada YDH Ketua Polis Negara..

Mantapkan Kualiti Dan Tanggungjawab Selaras Dengan Transformasi
Pemeriksaan Kawalan Kehormatan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Mantapkan Kualiti Dan Tanggungjawab Selaras Dengan Transformasi
Antara pegawai-pegawai awam yang hadir...

Mantapkan Kualiti Dan Tanggungjawab Selaras Dengan Transformasi
Kumpulan koir dari Bukit Aman..

Penyampaian sijil penghargaan..

Mantapkan Kualiti Dan Tanggungjawab Selaras Dengan Transformasi
Mantapkan Kualiti Dan Tanggungjawab Selaras Dengan Transformasi
YDH Ketua Polis Negara meluangkan masa bersama pegawai dan anggota PDRM

Wartawan & Jurufoto : Konst Santher Kumar A/L Sehgar

ArticlePublished 11 Jun 2014 9.25 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM