Artikel
Manifestasi Kerjasama Pdrm Masyarakat Memaknakan Kesejahteraan Bersama
"...Ahli masyarakat adalah antara faktor atau elemen utama yang boleh mengekang atau menghindari perlakuan jenayah. Yang dimaksudkan di sini ialah, masyarakat...
"...Ahli masyarakat adalah antara
faktor atau elemen utama yang boleh mengekang atau menghindari perlakuan
jenayah. Yang dimaksudkan di sini ialah, masyarakat tidak boleh
bersikap individualistik, yakni perlu mengambil tahu apa yang berlaku di
sekeliling mereka..." - Timbalan Ketua Polis Negara
SABAK BERNAM, 24 Dis - "Program pada hari ini adalah satu manifestasi terhadap usaha murni yang berterusan oleh PDRM bersama-sama semua stakeholder termasuk masyarakat, di dalam menerapkan nilai-nilai pembudayaan pencegahan jenayah sebagai satu elemen amalan hidup rakyat Malaysia sekaligus dapat memberi kesedaran kepada masyarakat akan tanggungjawab mereka untuk bersama-sama dengan pihak polis dalam membanteras jenayah," ujar YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dalam ucapannya sempena Program Crime Awareness Peringkat Daerah Sabak Bernam di Pekan Sungau Besar, hari ini.
Dalam pada itu, GTP NKRA Mengurangkan Jenayah Fasa Pertama yang bermula dari tahun 2009 sehingga ke tahun 2012, bukan sahaja telah melakarkan banyak kejayaan tetapi turut mempamerkan kejayaan yang ketara yang banyak membuahkan hasil yang positif.
PDRM juga telah mencapai pelbagai kejayaan dan kecemerlangan yang berpaksikan inovasi melalui Gagasan 1Malaysia, Modul Ekonomi Baru (MEB) dan RMK ke-10.
Beliau menjelaskan, kejayaan-kejayaan ini hasil kerjasama yang erat daripada masyarakat, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, dan juga pihak swasta, yang turut bersedia untuk menyumbang ke arah memerangi jenayah.
Mengambil contoh perkongsian strategik di antara PDRM dengan pertubuhan-pertubuhan yang berasaskan komuniti seperti Unit ''Community Policing'' dan Pencegahan Jenayah Daerah Sabak Bernam, dan disokong pula oleh pihak swasta seperti MaMawe Café dan Biker's Corner, beliau menjelaskan ianya akan membawa kepada satu kerjasama yang lebih efektif dan bermanfaat di dalam pelbagai aspek, khususnya di dalam program pencegahan jenayah.
Beliau turut menekankan pentingnya kesedaran untuk memerangi jenayah ini yang bermula daripada institusi kekeluargaan dan pemikiran kritis dan kreatif para belia negara yang akan menerajui haluan negara pada masa hadapan.
Hadir menyerikan majlis pada hari ini, YDH Dato' Hj. Tun Hisan Bin Dato' Hj. Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor, Dato A. Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Selangor, Y.Bhg Dato' Ramli bin Noraini, Pengerusi 'Community Policing' dan Pencegahan Jenayah Daerah Sabak Bernam, Supt. Noor Mushar Bin Hj Mohammad, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan serta NGO, ketua-ketua kampung dan persatuan penduduk dan wakil-wakil media.

Ketibaan YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Ketibaan peserta konvoi.

YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara beramah mesra bersama orang awam.

YDH DIG Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara menandatangani buku pelawat.

Ucapan alu-aluan oleh Y.Bhg Dato' Ramli bin Noraini, Pengerusi 'Community Policing' dan Pencegahan Jenayah Daerah Sabak Bernam.

Ucapan YDH DIG Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Gimik pelancaran program.

Sesi penyampaian cenderahati.

YDH DIG Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara turut merasmikan premis Mamawe Cafe.

Sesi sidang media.

Antara aktiviti community policing yang dijalankan oleh YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Gelagat dan persembahan sepanjang program berlansung.