Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mangsa Ditetak Suami Mati Adalah Palsu

Diterbitkan: 10 Mar 2018 4.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Klang, 10 Mac 2018 - Pekerja kilang wanita yang ditularkan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook telah meninggal setelah menerima rawatan akibat ditetak suami sendiri adalah palsu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mangsa-ditetak-suami-mati-adalah-palsu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:54 MYT

Klang, 10 Mac 2018 - Pekerja kilang wanita yang ditularkan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook telah meninggal setelah menerima rawatan akibat ditetak suami sendiri adalah palsu.

Kogila yang merupakan kakak kepada R. Komathi, 42, berkata, penularan maklumat tersebut adalah bohong semata-mata berikutan adiknya masih dalam keadaan selamat dan sihat.

Katanya, suami mangsa yang merupakan suspek utama, N. Somoo, 37, merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta.

"Enam bulan lalu, suspek telah memukul adik saya dengan sangat teruk sebelum membawanya ke rumah ibu saya.

"Tindakan tersebut didorong rasa cemburu buta suspek terhadap mangsa yang dikatakan mempunyai lelaki lain," katanya menerusi sistem pesanan audio aplikasi WhatsApp di sini sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli mengesahkan mangsa berada dalam keadaan stabil.

"Mereka yang menyebarkan maklumat palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," jelasnya. - K! ONLINE

ArtikelDiterbitkan 10 Mar 2018 4.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM