Mangsa Culik Warga Taiwan Berjaya Diselamatkan
Ketua
Polis Negara melalui akaun twitternya mengesahkan warga Taiwan yang
diculik di Pulau Pom Pom, Sabah November lalu telah berjaya
diselamatkan.
Mangsa kini berada di Hospital Merin di Sulu dan akan diterbangkan ke Zamboaga City esok.
Beliau
turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan keselamatan
Filipina di atas kejayaan tersebut. Perkembangan selanjutnya masih
ditunggu dari pihak berkuasa Filipina dan akan dimaklumkan dari masa ke
semasa.

Sumber : Akaun Twitter Rasmi Ketua Polis Negara