Lelaki Warga Emas Antara 13 Orang Ditahan Kerana Bermain Jud
Kangar,
19 Dis - Seorang warga emas berusia 65 tahun adalah antara 13 lelaki
ditahan semasa sedang leka bermain judi belangkas di sebuah kawasan
hutan di hujung Kampung Guar Syed Alwi, di sini hari ini.
Timbalan
Ketua Polis Daerah Kangar DSP Ismail Che Isa berkata tangkapan itu
dibuat hasil serbuan di bawah Ops Dadu oleh 15 anggota Jabatan Siasatan
Jenayah Ibu Pejabat Polis Kangar di sebuah pondok di kawasan itu pada 6
pagi.
Beliau
berkata semasa serbuan dibuat, polis percaya terdapat antara 20 hingga
30 lelaki berada di dalam pondok terbabit bagaimanapun hanya 13 orang
berumur sekitar 18 hingga 65 tahun dapat ditahan manakala yang lain
melarikan diri.
Polis
percaya kumpulan berkenaan menggunakan pondok itu untuk bermain judi
sejak sebulan lepas dengan menjalankan aktiviti bermula waktu malam
hingga ke awal pagi, katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari
ini.
Ekoran
tangkapan itu, polis turut merampas wang tunai sebanyak RM20,866, mata
wang Thailand 20,644 Baht dan dolar Singapura S$5, katanya.
Di
samping itu, kata Ismail, polis turut merampas sebuah generator yang
digunakan untuk menghidupkan lampu di pondok berkenaan, peralatan
bermain judi, kipas angin dan beberapa peralatan lain yang
keseluruhannya dianggarkan bernilai RM6,000.
"Semua lelaki terbabit ditahan reman selama empat hari mulai hari ini dan akan didakwa di mahkamah 21 Dis ini," katanya.
Sumber : BERNAMA