Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Malaysia Cadang Jalin Kerjasama Baharu Dalam Bidang Keselama

Published: 17 Jun 2014 5.25 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Saya ingin memaklumkan bahawa PDRM dan Polis Indonesia mempunyai hubungan kerjasama yang baik dan erat, terutama di peringkat operasional...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/malaysia-cadang-jalin-kerjasama-baharu-dalam-bidang-keselama
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:01 MYT

Jakarta, 14 Jun - Malaysia mencadangkan kerjasama baharu dengan Indonesia di bidang keselamatan siber dengan Indonesia dalam usaha kedua-dua negara memerangi jenayah siber.

Cadangan itu, yang dibuat Menteri Dalam Negeri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akan membabitkan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Indonesia.

Jenayah siber kini merupakan satu cabaran baharu di bidang keselamatan dan ia berkait rapat dengan jenayah perdagangan seperti pengubahan wang haram, pecah amanah dan pengelakan cukai," katanya di sini.

Ahmad Zahid berada di sini dalam rangka lawatan tiga hari ke Indonesia selepas dilantik Menteri Dalam Negeri Malaysia yang baharu.

Beliau turut bertemu Ketua Polis Indonesia Jeneral Timur Pradopo pada Khamis dan dalam pertemuan itu, mereka membincangkan usaha meningkatkan lagi hubungan kerjasama antara PDRM dan Polis Indonesia bagi berdepan cabaran jenayah alaf baharu.

"Saya ingin memaklumkan bahawa PDRM dan Polis Indonesia mempunyai hubungan kerjasama yang baik dan erat, terutama di peringkat operasional.

"Bagaimanapun, hubungan kerjasama ini perlu ditingkatkan lagi dalam menghadapi cabaran jenayah alaf baharu," katanya di sini, Jumaat.

Hari ini, Ahmad Zahid bertemu Menteri Pertahanan Indonesia Purnomo Yusgiantoro dan Menteri Dalam Negeri Indonesia Gamawan Fauzi.

Dalam kerjasama menangani masalah jenayah, beliau meminta Polis Indonesia berkongsi pangkalan data Tenaga Kerja Indonesia (TKI) dengan PDRM dan Jabatan Imigresen Malaysia.

"Perkongsian maklumat ini akan memudahkan semakan biodata calon-calon TKI yang datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan," katanya.

Ahmad Zahid berkata Malaysia dan Indonesia akan turut mempertingkat kerjasama dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan dadah.

"Malaysia yang menghadapi masalah sebagai pusat transit penyeludupan dadah dari Iran, khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), akan berkongsi maklumat dengan Polis Indonesia bagi membanteras penyeludupan dadah di rantau ini," katanya.

Beliau juga berkata kerjasama kedua-dua negara sangat signifikan dalam menangani jenayah bentuk baharu seperti jenayah rentas sempadan yang semakin sofistikated serta memerlukan pencegahan dan pengesanan awal yang berkesan.

- BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 5.25 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM