Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Malaysia Antara Bandar Ke 22 Selamat Di Dunia

Diterbitkan: 11 Jun 2014 1.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Saya dengan bangganya ingin memaklumkan bahawa Global Peace Index telah meletakkan Malaysia ditangga ke-22 daripada 149 negara yang paling selamat di dunia, berbanding dengan kedudukan ke-38 pada tahu..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/malaysia-antara-bandar-ke-22-selamat-di-dunia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:59 MYT

Kuala Lumpur , 25 Mac 2011 - "Saya dengan bangganya ingin memaklumkan bahawa Global Peace Index telah meletakkan Malaysia ditangga ke-22 daripada 149 negara yang paling selamat di dunia, berbanding dengan kedudukan ke-38 pada tahun 2008 dan ke-26 pada tahun 2009." ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Berucap semasa Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204 Tahun di Dataran Kawad Pulapol Kuala Lumpur hari ini, beliau menjelaskan di peringkat Asia Pasifik pula Malaysia berada di tempat ke 4 di belakang New Zealand, Jepun dan Australia, dan ini merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan dan PDRM akan memastikan prestasi ini dapat dipertingkatkan pada masa akan datang.

Beliau menambah, dalam konteks keyakinan masyarakat dan rasa takut menjadi mangsa jenayah, kajian yang dijalankan oleh Taylor Nelson Sofres (TNS) Research International Malaysia mendapati keyakinan masyarakat terhadap PDRM telah meningkat kepada 55.8% dalam tempoh suku terakhir tahun 2010 berbanding 42.2% bagi tempoh suku kedua tahun 2010.

Sementara itu, dalam tempoh suku terakhir tahun 2010, rasa takut menjadi mangsa jenayah telah menurun kepada 52.8% berbanding 55.1% bagi tempoh suku kedua tahun 2010.

Beliau turut menjelaskan pendekatan PDRM berinteraksi dengan masyarakat secara face to face dan amalan stop and talk dilihat sebagai satu kaedah yang sesuai untuk mendampingi rakyat bagi meraih kerjasama di dalam mendapatkan maklumat serta pencegahan jenayah.

"Pewujudan Facebook merupakan satu sumber yang boleh memberi ruang yang lebih bebas kepada orang ramai untuk berinteraksi dengan PDRM,"ujarnya lagi.


Malaysia Antara Bandar Ke 22 Selamat Di Dunia
Ucapan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara di
Upacara Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204 Tahun di Dataran Kawad, PULAPOL Kuala Lumpur
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 1.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM