Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011

Diterbitkan: 11 Jun 2014 8.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pegawai-pegawai muda di dalam dewan ini hendaklah beriltizam serta menggembleng sepenuh daya usaha bersama-sama seluruh warga PDRM untuk meningkatkan prestasi dalam menyampaikan perkhidmatan kepada ra..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/malam-mes-sempena-tamat-latihan-pelatih-inspektor-siri-1-2011
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:58 MYT
Kuala Lumpur - 8 Januari 2012. Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah telah mencemar duli berangkat ke Majlis Malam Mes Inspektor Siri 1/2011 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia berdua turut diiringi Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, Yang Amat Mulia Tunku Idris iskandar Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor dan yang Amat Mulia Paduka Putera dan Paduka Puteri serta kerabat-kerabat Diraja Johor.

Majlis malam ini adalah signifikan kerana inilah juga buat pertama kalinya sejumlah 960 orang Inspektor Percubaan menghadiri Majlis Malam Mes secara serentak pada satu masa, yang tidak pernah berlaku sepanjang sejarah tradisi Malam Mes PDRM.

Majlis yang penuh dengan adat istiadat  ini juga turut dihadiri seorang putera raja yang baru menamatkan latihan kepolisan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada 7 Januari 2012, iaitu Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

"Pegawai-pegawai muda di dalam dewan ini hendaklah beriltizam serta menggembleng sepenuh daya usaha bersama-sama seluruh warga PDRM untuk meningkatkan prestasi dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia, sehingga PDRM mampu berdiri sebaris dengan perkhidmatan polis bertaraf dunia atau world class policing", kata-kata semangat YDH Ketua Polis Negara kepada Inspektor Percubaan.

Diakhir ucapan, YDH Ketua Polis Negara mengucapkan setinggi syabas dan tahniah kepada kesemua pegawai-pegawai muda yang telah berjaya mengharungi dan menamatkan latihan dan menunjukkan semangat yang tinggi untuk mendisiplinkan diri dan pasukan.  Beliau juga berharap latihan ini telah berjaya menerapkan sikap yang positif dan terpuji dan seterusnya mempamerkan kepada masyarakat suatu imej yang memberi nilai yang tinggi dan membanggakan pasukan Polis Diraja Malaysia.

Hadir di Majlis Malam Mes ialah YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Yang Mulia Tengku Datin Seri Marsilla binti Tengku Abdullah, YAB Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor dan Y.A.Bhg Datin Paduka Profesor Dr. Jamilah Arifin, YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Y.Bhg Datin Wira Rahimi binti Yeop, YB Dato' Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan YBhg Tan Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam negeri dan Y.Bhg Puan Sri Nabihah binti Haji Hassan.

Turut hadir, YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Hj. Md. Sobri, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg Datin Sri Imran bin Ibrahim, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor, YB Ahli-Ahli Penasihat Jemaah Majlis DiRaja Johor, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, YDH Pesuruhjaya-Pesuruhjaya dan Ketua-ketua Polis Negeri serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Inspektor Percubaan menyemak kedudukan tempat...

Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
YDH SAC Zulkifli bin Mohamad, Komandan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Upacara Perbarisan Latihan Kursus Asas Inspektor Siri 1/2011, bergambar kenangan bersama penyambut tetamu

Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Antara Pegawai-pegawai Kanan dari PULAPOL Kuala Lumpur...

Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Inspektor Percubaan, sebagai pengiring tetamu

Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Juruiring tetamu ke dewan utama...

Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Ketibaan YDH Ketua Polis Negara disambut oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Ketibaan YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri

Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
dari kiri...Yang Mulia Tengku Datin Seri Marsilla binti Tengku Abdullah, Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Hj. Md. Sobri  dan Y.Bhg Datin Sri Imran bin Ibrahim

Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
dua dari kanan..Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menunggu ketibaan ayahanda

Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Ketibaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah

Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
YDH Ketua Polis Negara menyambut Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim

Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah bersama Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Bergambar kenangan sebelum beredar ke Dewan Merdeka...

Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Muzik gamelan mengiringi tetamu ke Dewan Merdeka

Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Yang Amat Mulia Tunku Idris iskandar Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong memimpin nenda, Yang Amat Mulia Enche Besar Hajah Khalsom binti Abdullah

Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah ke Dewan Merdeka

Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Perarakan Masuk Panji Utama PDRM

Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Upacara ucap selamat oleh Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Gambar-gambar sekitar majlis
Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Perarakan keluar Panji Utama PDRM

Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Antara Pegawai Kanan Polis yang hadir...

Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Ucapan YDH Ketua Polis Negara

Inspektor Percubaan
Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011

Persembahan...
Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Bakat...Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail Ibni Sultan Ibrahim mendendangkan dua buah lagu

Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Penyanyi Nash turut menghiburkan tetamu...

Penyampaian cenderahati kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah

Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Malam Mes Sempena Tamat Latihan Pelatih Inspektor Siri 1 2011
Keberangkatan balik Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah  

Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 8.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM