Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 203

Diterbitkan: 10 Jun 2014 2.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Selain bertujuan mengeratkan silaturrahim di kalangan 'Officer Corp', majlis ini juga berupaya membina semangat kekitaan dan mempertingkatkan kesefahaman sesama pegawai, tanpa mengira pangkat, keduduk..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/malam-mes-sempena-peringatan-hari-polis-ke-203
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:01 MYT

Kuala Lumpur - 26 Mac 2010. Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke-203 telah diadakan dengan penuh adat istiadat di Hotel Nikko, 26 Mac 2010 bermula pada jam 8.00 malam. Majlis Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke-203 ini adalah anjuran Cawangan Khas.

Tetamu istimewa pada malam itu ialah YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussien, Menteri Dalam Negeri dan YM Tengku Datin Seri Marsila binti Tengku Abdullah.

Hadir di majlis ialah YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan,Ketua Polis Negara (Yang DiPertua Mes) dan Y.Bhg Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg. Puan Sri Hajjah Suriati binti Md. Sobri, YB Timbalan-timbalan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YDH Pengarah-pengarah PDRM dan isteri serta Pegawai-pegawai Kanan dan isteri.

Tradisi Malam Mes yang wujud semenjak Kurun ke-18, adalah majlis formal yang menjadi warisan pasukan bersenjata sejagat, bertujuan memupul semangat setiakawan di kalangan pegawai-pegawai kanan. Majlis makan malam beradab ini turut menjadi amalan tradisi Polis Diraja Malaysia semenjak kewujudannya 203 tahun lalu dan ternyata berupaya membentuk disiplin yang amat positif, keperibadian yang tinggi dan semangat berpasukan yang kental di kalangan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Selain bertujuan mengeratkan silaturrahim di kalangan 'Officer Corp', majlis ini juga berupaya membina semangat kekitaan dan mempertingkatkan kesefahaman sesama pegawai, tanpa mengira pangkat, kedudukan dan latar belakang penugasan. ianya juga dapat membantu Pegawai-pegawai Kanan PDRM untuk menghayati dan menghargai tradisi Pasukan yang jarang dapat dinikmati oleh warga lain-lain agensi Kerajaan. Inilah bukti komitmen warga PDRM dalam menentukan tradisi PDRM ini terus kekal mengharungi arus zaman.

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 203
Panji Utama Polis Diraja Malaysia diarak masuk ke dalam dewan

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 203
Ada yang mencuit hati..YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussien, Menteri Dalam Negeri dan YM Tengku Datin Seri Marsila binti Tengku Abdullah.

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 203
dari kiri...YDH CP Datuk Akhil bin Bulat, Pengarah Cawangan Khas, YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Berbahagia Dato' Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 203
Antara Pegawai-Pegawai Kanan PDRM yang hadir...

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 203
Ucapan oleh YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussien, Menteri Dalam Negeri

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 203
Memotong kek sempena Peringatan Hari Polis Ke-203 disempurnakan oleh YDH Ketua Polis Negara, YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan semua Pengarah PDRM

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 203
Cenderakenangan oleh YDH Ketua Polis Negara kepada Menteri Dalam Negeri

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 203
Cenderakenangan oleh Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad kepada YM Tengku Datin Seri Marsila binti Tengku Abdullah.

Malam Mes Sempena Peringatan Hari Polis Ke 203
Sesi Bergambar bersama YB Menteri Dalam Negeri

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 2.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM